Mintak perhatian: mukadimah tak da kena-mengena dengan entry,sila abaikan.
Acik cuti, aku pun turut bercuti. Maka aku dengan acik pun keluar cecuci mata, tengok apa yang patut di lihat. Mana tahu ada kot-kot boleh jumpa paris hilton mueheheh.
Jalan sesak, agak melampau sesaknya, kalau kura-kura main race-race dengan aku, Insha Allah kura-kura akan menang. Nasib baik tak kelihatan kura-kura di situ, yang kelihatan, cuma burung-burung merpati yang sedang berpeleseran dengan teman-teman seangkatan. Fuh nasib baik, ingat tak cerita arnab dan kura-kura, sampai sekarang orang masih bercerita kisah itu tahu.
Pelan-pelan kayuh, sampai jugak aku dengan acik ke tempat yang nak di tuju.
Bosan. Aku tak berapa bekenan,service lambat.
Fresh watermelon and frosty lemon tea. Boleh agak dak mana satu air acik, mana pulak air aku..? hak hak hak. Pandai pun, yang ada lemon-lemon tu lah yang aku.
Kek yang paling aku suka. New york cheese, nama tak menahan. Kelasss kau jah.
Japanese Soba. First time try ni, tapi tak boleh nak ngam. Aku makan sikit je, tekak tak mampu nak korean-korean bagai.
Fried Rise With Satay. Kemain acik melahap tau, habis semua isi dalam pinggan. Tinggal sudu, garfu dengan sayur je tak habis.
No comments:
Post a Comment