Suasana tenang,damai dan sunyi. Sesekali jerit pekik beburung yang hinggap di dahan melepaskan lelah memecah sepi. Belum sempat peluh keringat memercik di dahi, terus kering di sapa angin sepoi-sepoi bahasa.
Namblas hari bulan lima, hari guru. Masa ni belepuk-lepuk hadiah yang cecikgu dapat... Dedulu masa sekolah rendah bila cikgu tanya cecita nak jadik apa. Ramai bebudak pakat jawab nak jadik cikgu. Masa tu otak pun tak berapa pandai lagi nak pikir, fikiran pon tak berapa nak matang lagi. Dalam reramai tu, ada sorang budak jawab dia nak jadik komunis. Satu kelas terus diam. Cikgu pun terkesima dua detik, tak sangka...
"Komunis tu orang jahat. Kalau nak jadik orang baik. Kamu jadik askar besar nanti." Kata cikgu Noorfazdilah.-kalau tak silap aku lah- Terangguk-angguk budak tu mengangguk. Baru boleh beza antara askar dengan komunis gamaknya.
Tu memori aku masa darjah satu. Kalau nak di ikutkan sebenarnya banyak lagi, tapi kalau aku nak cerita semua. Mau bercabut semua key dekat bord ni. Mau jugak biol terus komputer aku ni., sesilap haribulan urat jari pon tak pasal boleh putus, kemain punya banyak nak kena taip.
Masa memula aku masuk sekolah dulu, satu apa pun aku tak tau. Yang aku tau cuma baca doa makan, itu pun berpeluh abang-abang aku tolone ajarkan.
Tima kasih pada cikgu yang mengajar bm,yang ajar aku kalau s di gabungkan dengan a bunyi dia sa, kalau y di gabungkan dengan a bunyi dia ya. Kalau gabung sesemua huruf tu bunyi dia saya. Time kasih jugak pada cikgu yang matematik, yang ajar 1+1=2. Time kasih pada ustazah yang ajar aku rukun iman dan rukun islam. Time kasih pada teacher yang ajar, eat tu makna dia makan, one tu pulak maknanya satu. Time kasih pada cikgu yang ajar sains. Baru aku tau yang manusia dengan tumbuhan saling memerlukan, baru aku faham, apa itu rantai makanan. Time kasih jugak dekat cikgu yang ajar sejarah, baru aku faham, sejarah kesultanan melayu melaka. Time kasih jugak pada cikgu yang ajar geografi, barulah aku paham yang tanah ni ada memacam jenis, baru aku tau yang rupanya larva gunung berapi tu sebenarnya boleh jadik baja. Time kasih pada semua cecikgu yang pernah ajar aku, yang tak tertulis dengan jari, yang tak terluah dengan kata-kata yang tak tersebut dengan mulut... Tak kira lah yang aku panggil cikgu, yang aku panggil teacher, yang aku panggil ustazah, yang aku panggil puan, yang aku panggil cik, yang aku panggil mama... Pendek kata semua orang yang penah bagi ilmu dekat aku... Time kasih bebanyak...
Kalau tak kerana gigihnya sorang cikgu mengajar tak payah mimpi lah aku nak tulis blog skarang ni. Jangan kata nak tulis, sesilap nak baca pon aku tak tau. Jangan kata nak baca sesilap nak eja pon aku tak reti...
Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden Sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa
Sejarahnya dimulakan oleh guru biasa
Dengan lemah sabarnya mengajar tulis baca.
Dulu masa aku sekolah ada sorang budak baca sajak ni dekat assembly.
Sorang guru sedang mengajar dalam kelas. Semua pelajar tekun mendengar. Kelas sunyi tanpa suara, jarum jam nak berdetik kekuat pon rasa gerun,sesudah guru tersebut menerangkan sesuatu di depan kelas, guru tersebut berkata...
"Kalau tak paham apa-apa.Boleh tanya..."
Maka bangunlah seorang pelajar perempuan...."Saya tak berapa paham yang ni...."
"Kamu ni...tidoq ka masa saya mengajaq tadi... Kan tadi saya dah ajaq. Tak kan yang tu pon tak paham..."
Tak paham suruh tanya. Dah tanya, tak pasal kena hamun kat dalam kelas, sakit pulak hati, kusut jugak minda.
Aku dulu bukan la baik sangat. Kena jugak rotan dengan pengetua dekat assemble. Kena jugak mengadap PKHEM. Kena jugak mengadap muka warden, sebab selalu masuk hostel lewat. Kena jugak jumpak ketua warden. Kena jugak hamun kat dalam kelas, sebab homework tak siap. Kena jugak berdiri dalam kelas sebab kekadang tertido masa cikgu mengajaq. Pernah jugak kena halau keluar dari kelas sebab melawan cikgu. Aku cerita semua perangai iras-iras setan aku masa belajaq dulu bukan suruh hang ikut, tapi suruh hang elak...
No comments:
Post a Comment