Assalammualaikum...!
Tak de mukadimah-mukadimah bagai, terus gedabak video sebijik, bagi hang cuci mata. Memula aku tengok video ni terus aku rasa teruja macam nak sawan, apa pulak aku nak teruja, bukan aku pun yang kawen hak hak hak.
Biar betul bebudak ni...? mudanya kawen..? tapi bila pepikir balik elok la di ijab kabulkan daripada jadik bebukan pulak kat belakang hari nanti.
Masa aku kekecik dulu selalu jugak aku teman ayah aku tengok buletin utama kat tibi tiga, sambil makan kopok ikan cicah sos, tapi tak de pulak kes buang bayi, kes budak sekolah mengandung anak luar nikah pun aku rasa tak de jugak.
Habis gempak pun berita dulu-dulu setakat itik langgar ayam je, itu dah kira berita paling extrem la tu, tak macam sekarang ni, asal tengok berita, kes orang jumpak bayi kat tong sampah, jumpak bayi kat tempat park kereta, jumpak bayi dekat masjid.
Bila selak surat khabar, pelajar sekolah lahirkan anak luar nikah dalam toilet, tinggal anak dalam locker asrama, jadah apa manusia perangai camtu. Kekunun anak solehah lettu, teman ayah tengok buletin utama dekat tibi 3, padahal sebab dulu, dekat rumah ada satu je tibi, mau tak mau kena tengok jugak ah, lagi pulak dulu tak da astro, memana chanel pun berita jugak.
No comments:
Post a Comment