Time tu kira ligat la tokey-tokey syarikat kad raya buat duit. Kalau sorang beli sepuluh kad, sepuluh orang dah seratus kad, kira pulak berapa juta rakyat malaysia time tu, tapi tu dulu ah.
Dulu seminggu ke dua minggu sebelum raya, dah boleh tunggu abang posmen dekat depan rumah, bukan sebab nak main kenyit-kenyit mata dengan dia, tapi tunggu dia masukkan kad kat dalam peti surat dekat depan rumah tu. Kekadang tu tak sempat abang posman tu nak masuk dekat dalam peti surat pun aku dah beria-ia lari pegi ambik hak hak hak, kononnya terkinja nak baca kad raya, padahal tetiap kad lebih kurang sama ja apa yang di tulis.
*ucapan selamat berpuasa dan selamat hari raya.
*baju raya berapa pasang.
*banyak ke buat kuih.
*mintak maaf zahir dan batin.
*raya jemput datang rumah.
Tu dulu ah, sekarang dah lain dah, zaman sekarang dah serba canggih dah. Semua di hujung jari belaka, tak jumpak dah kad-kad raya ni, maian pakai sms je, tak pun pesbuk je. Taip selamat hari raya tag dekat semua friends, sangat tak sweet. Kerja abang posmen sekarang ni cuma hantar bil.
No comments:
Post a Comment