Assalammualaikum.
Aku baru je dapat tau, yang dekat new zealand ada satu pulau, yang nama dia pulau kiwi. Dan-dan tu jugak aku terkinja-kinja nak pegi new zealand, persoalannya sekarang, mampu ke...? Lepas ni kalau ada orang tanya, negara mana yang aku teringin nak pegi, aku dengan penuh yakin akan jawab new zealand...! sebab dekat new zealand ada pulau kiwi, kawan aku pun nama cik kiwi, kendian orang yang tanya tu, akan tercengang-cengang sambil berkata..."apa ke bodo sangat budak ni...?"
Untung cik kiwi, ada pulau sempena nama kamu. Dekat new zealand jugak ada satu tasik, nama tasik tu, wakatipu, wakatipu lake tau,bukan watipulu lake. Dekat new zealand jugak ada puak moari yang terkenal dengan tarian haka, tapi kalau pegi new zealand semata-mata sebab nak tengok haka, memang tak berbaloi ah, kalau takat nak tengok haka, kat malaysia pun ada. Dah berkali-kali dah aku tengok bebudak upnm buat haka dekat tibi. Asal ada acara, ada lah jugak tarian haka, siap dengan muka conteng-conteng lagi, yang hensem pun dah tak nampak kat mana hensem dia.
Selalunya memang macam gitu lah, mukadimah yang berjela-jela punya panjang, punya pulun gigih membaca sampai nak rabun bijik mata, rupa-rupanya langsung tak da mengena dengan entry -.-'
Kalau hang nak aku tolong hang dengan ikhlas, hang pun kena ikhlas jugak la mintak tolong dengan aku, jumpak aku, cakap elok-elok, kalau tak jumpak pun boleh call, susah sangat nak call, mesej pun dah ok. Kalau tu pun rasa susah sangat, boleh je email aku, tapi kalau email tu, lambat sikit ah, sebab aku jarang on line.
Ini tak, dah ah nak mintak tolong, pastu cakap pulak terjerit-jerit, dah macam berbaur arahan dah, hang pikir aku ni amah hang ke apa...? tapi tak pe, aku tolong jugak... tapi tak sepenuh hati ah, tak berapa nak ikhlas. Kalau dah aku tolong pun tak berapa nak ikhlas ,hasilnya pun tak da lah ikhlas mana, sipi-sipi je lah...-Dah macam luahan perasaan lah pulak...-
Masa aku belajar dulu, ada budak kelas aku yang dok sok sek-sok sek dekat belakang kelas dengan geng-geng dia. Aku bukan lah baik sangat, tapi aku tanya jugak ah, kenapa...? dia bagitau aku, yang dia tak da duit nak balik kampung, kak dia pulak ada kerja, tak boleh nak tolong ambik dia. Aku pun usha dalam purse aku, ada ah dalam tiga belas ringgit berapa kupang tah, aku cakap kat dia...
"kalau hang nak pakai dalam sepuluh ringgit tu aku ada la,kalau hang nak pakai banyak, aku pun bukan ada duit sangat.."
Dia pun pinjam ah sepuluh ringgit tu, hostel dengan rumah aku bukan ah jauh sangat, kalau naik bas, guna dalam singgit lebih camtu je. Ayah aku pulak dah janji nak ambik hari tu, tapi aku kena spent jugak, kang di buatnya ayah aku tak boleh ambik, menganga pulak aku sengsorang dekat hostel tu, tak mau aku.
Balik ja dari kampung terus dia bayar balik duit yang dia pinjam tu, aku tak tau ah dia ingat lagi ke tak, kalau dia dah tak ingat pun tak pe, janji dah dah bayar balik duit aku, sepuluh ringgit pun duit weyh, tapi ada jugak spesis manusia yang tak reti nak bayar hutang ni, mungkin depa pikir dekat belakang rumah aku ada pokok yang berdaunkan duit gamaknya.
Ada jugak spesis member yang time susah kerja menempel, time susah pinjam bahu sebab nak nangis, time susah pinjam telinga dengan masa sebab nak luah perasaan, bila dah senang tetiba lesap, tapi macam abang aku cakap ah...
"Dah nama pun member camtu ah. Pikir pun buat sakit hati je, baik tak payah pikir."
Senang cerita abaikan je member camtu, kalau ada pun macam tak bawak untung je aku rasa, kalau tak de pun,tak de la rugi apa-apa.
Pesan Lukman Al-Hakim kepada anaknya:
Wahai anakku! Bila kamu mempunyai teman yang karib maka jadikanlah dirimu sebagai seorang yang tidak mengharapkan sesuatu apa pun darinya, sebaliknya biarkanlah temanmu itu sahaja yang mengharapkan sesuatu kepadamu.
No comments:
Post a Comment