Wednesday, 7 November 2012

Tutti Frutti Punya Pasal

Waktu Suatu maghrib di suatu hari...


Cikma: "aku rasa nak pi espi la, hang free dak..?"

Aku: "lah kata nak turun loq staq sabtu ni..?"

Cikma: "aku nak makan eskrem tutti, hang free dak..?"

Aku: "bila...?"

Cikma: "sabtu."

Aku: "ajak wa skali."

Cikma: "wa ada hal, kak teh kat lumut. Petang sabtu baru balik."

Aku: "sat,aku tanya big bos dulu."

Cikma: "ok, tapi kalau tak bleyh tak pa la.." Ceh ayat, buat aku rasa serba salah je.

Aku: "sat aku nak call wa."

Cikma: "okey."

Aku: "hello, wa..." Time kalut, selalu lupa bagi salam -.-'

Wa: "ni mesti cikma ajak keluar...?"

Aku: "hang ada qeja apa sabtu ni...?"

Wa: "kena keluar beli barang-barang student bla bla bla.

Aku: "Aku deal dengan cikma tukar hari jumaat, hang join sekali."

Wa: "okey, hang deal dengan cikma dulu. Sat lagi hang bagitau dekat aku. Aku tengah drive ni."

Aku: "cikma,esok boleh tak..?"

Cikma: "esok...boleh, mula-mula memang nak keluar esok pun, tapi kak teh free sabtu ahad ja, sebab tu rancang keluar sabtu. Aku call kak teh, rupanya kak teh ada dekat lumut. Ada hal apa tah dekat sana."

Aku: "wa ikut, kalau esok. Sabtu dia kena beli barang student."


mempersembahkan tiga setangkai sekawan, muehehe.

Wa deal dengan cikma nak jumpak pukul sebelas pagi,,tempat pulak dekat amanjaya mall. Tak tenteram jugak jiwa raga aku, pagi-pagi hari, jalan dah sesak. Akibatnya wawa mula risau aku tak sampai-sampai, kejap-kejap dia sms tanya dekat mana, kejap dia sms tanya dah ada dekat mana.-sweet je kan budak wa ni.-

Terkesima aku tengok tempat parking kereta dekat situ, hoi! bapak punya besar, time nak balik tu, kejakunan aku bertambah bila cikma bagitau, yang dekat atas tiap-tiap tempat park kereta tu ada lampu. Kalau ada kereta dekat tempat tu, lampu dia warna merah, kalau park tu kosong, lampu dia akan jadik warna hijau. Aku ingat aku ja yang jakun, rupanya orang lain pun sama je jakun macam aku jugak.



Memula aku teman wa,beli skirt, lepas setengah jam, cikma call bagitau dia dah sampai. Aku pun pergi la jemput budak tu dekat pintu masuk, cikma ni bukan boleh biar jalan dekat mall sorang-sorang, nanti dia carik jalan tak jumpa. Sesat...!

Cikma tengok wa beli skirt yang murah tapi cantik, maka dia pun tergoda. Lantas tokey kedai tu boleh senyum puas, bila duit dari purse cikma dan wa beralih masuk ke dalam laci mejanya.



Selesai membeli-belah di tingkat bawah, naik satu tingkat masuk watson, cikma bila shoping dekat watson biasa ah dia.


Cool blog yang di kongsi tiga.


Amanjaya Mall-double smile-

Lepas jalan-jalan, aku mengadu lapar dekat wa, wa ajak merempit pergi cs.

Pelayan: "makan apa...?"

Aku: "apa yang special kat sini, suggest."

Pelayan: "yang ni sedap, yang ni pun.." -tunjuk menu-

Aku: "wa nak pesan nasi goreng...?"

Wa: "nasi goreng ni satu." -tunjuk menu-

Cikma: "yang ni." -tunjuk menu-

Aku: "nak yang ni gak ah" -oder sama dengan cikma-

Pelayan: "air...?"

Aku: "teh o ais limau."

Wa: "sirap limau."

Cikma: "fresh orange."

Pelayan: "air buah tak da."

Cikma: "okey, teh o ais limau."

Aku: "green apple jus."

Pelayan: "air buah tak da."

Aku: "nak jugak! -tepuk meja heheh auta-

Aku: "tak pa lah, teh o ais limau" -tak paham bahasa betul kan aku ni, akak tu dah cakap air buah tak da, tak paham-paham jugak, haishh -.-'



Lemon tea tak de, limau o ais pun jadik lah, kemain tau, gadis melayu sangat, makan pun bersila, bila perut dah kenyang, memasing berat je nak bangun.


Makanan penuh meja, kongsi makan dan kongsi bayar.-Tips jimat-

Perut dah kenyang, hati dah girang, otak dah tenang, boleh sambung jalan-jalan sambil shoping balik. Cikma dengan wa shoping banyak.




Manusia yang pantang jumpak cermin muahahah.



Kurung yang sangat cantik hokey, ni kalau acik tengok ni, Insya Allah dia beli. Sebelum keluar dari cs, cikma hilang, berpeluh jugak aku dengan wa, bila jumpak dia balik, dia cakap, dia carik pintu tak jumpa. Kan aku dah cakap, budak tu bukan boleh biar jalan sengsorang, time sampai dekat tempat park kat bawah tu, dia pening carik kereta tak jumpak. Nasib baik ah dia tumpang aku, kalau di buatnya dia bawak kereta sendiri pakai tak balik ah dia.



Cikma nak sangat makan tutty frutty kan, dah terhidang depan mata. Cikma teringin je yang lebih, padahal dia makan tak habis pun. Wa macam biasa, kongsi dengan aku, itu pun satu suap je.



Ceh senyum macam sedap sangat la perisa strawberi tu, padahal rasa dia buat lidah aku jadik pedih, menyesal pulak aku. Perisa coklat dengan perisa hape tah yang satu lagi tu, sedap.




Acece, lempang kang.



Cikma dah boleh balik dengan hati tenang dan girang, dah dapat makan tutty frutty dah kan. Makan tak habis pun, membazir je budak ni. Itu je, babai.

No comments: