Monday, 31 December 2012

Aktiviti terakhir 2012 saya

Assalammualaikum.

Ehemm-ehemm-ehemm, tangan kiri pegang halkum sambil gerak-gerak kiri-kanan. o0o... baru tahu yang orang perempuan tak de halkum hak hak hak. Entry ini, berkaitan aktiviti terakhir tahun 2012 saya. Ehemm... bersaya-saya pulak ye, padahal selalunya main bedal aku-aku je, propa nak mati nih hak hak hak.



Mula-mula saya lalu di medonal, perghh selungguk manusia di medonal. Saya dah tidak jejak ke medonal lagi dah.



Saya lalu dekat sini, anomnom comels.






Saya merempit pergi popular, tengok-tengok buku, tapi tengok je ah, belinya tak jugak.





Tetiba saya lapar, terus saya merempit pergi kefsi, saya pilih hot and spicy shirmp. Tapi tah kenapa bila saya dapat hot and spicy shirmp tu, rupanya tidak seperti di dalam gambar. Tapi peduli apa aku saya, perut dah lapar, bedal je ah. Saya rasa saya tamak, saya rasa perut saya besar, saya rasa setakat ayam dua ketul dengan udang tiga ekor, mana boleh kenyang, jadik saya tambah satu chezzy wedges, tapi nah hambik, tak sempat ayam nak habis, saya dah rasa kenyang. Padan muka saya.



Sempat pulak saya camwhore dekat tempat cuci tangan, dekat kefsi. Staff yang kerja dekat kefsi tu perati je saya camwhore sengsorang dekat situ, sambil tu dia senyum-senyum, mungkin dia tak pernah jumpak orang jakun seperti saya, dekat tempat cuci tangan pun boleh bergambar, gasak ah. Saya sedar saya selekeh, muka pun macam tak cukup oksigen je.





Walaupun dah kenyang, tapi sikap tamak saya tetap tak kurang, saya merempit pulak pergi ke cool blog. Anomnom heliza ni comel nau. Awak jangan ikut perangai holoba saya ye, tapi kalau nak haloba sikit-sikit tu tak pe ah.



Kendian, saya pergi beli shampoo rejoice.



Perghh, selungguk ferraro rocher, tapi saya tengok je lah, tak beli pun. Keduniaan sangat kalau boleh makan ferraro selungguk macam ni.



Time balik, jalan sesak, nasib baik ada abang polis yang kacak lagi menawan yang tolong kawal lalu lintas.

Aku Saya tukar housing phone saya jugak, kesian saya tengok phone saya pakai baju pecah-pecah, tapi malu ah nak tunjuk, barang harga limabelasringgit je pun, tak kan tu pun nak riuh, ye dak...? Itu je lah, aktiviti terakhir saya. Okey, babai.

Kalau suka boleh like.

No comments: