Wednesday, 27 March 2013

Nilam

Masa umur aku tujuh tahun, aku baru boleh membaca, kesian betul dengan budak ini, masa umur tujuh baru boleh membaca. Bukan macam budak-budak sekarang, budak-budak zaman sekarang dah advance, umur empat ke lima tahun dah pandai  membaca, kiranya masa umur tujuh tahun, dah layak ada account facebook sendiri dah...

Lepas balik dari sekolah, campak beg atas katil, terus swich on pc, on facebook, chating dari petang bawak ke malam. Tah kat mana lah nikmat hidup budak-budak zaman sekarang ni, tak dapat merasa nikmat main jengket-jengket (teng-teng) nikmat main toi (galah panjang) nikmat main polis sentri, nikmat main aci ligan duduk, nikmat main sorok-sorok, nikmat main tuju kasut. Betul punya nikmat time kena tuju dengan selipar jepun yang keras tu, memang nikmat, sampai nak berpinar bijik mata. Rasa nak maki orang yang baling selipar tu pun ada.

Teknologi punya pasal, zaman kanak-kanak yang sepatutnya fun, macam dah tak da makna dah. Esok-esok, time baru nak merasa nikmat tu semua, sedar-sedar dah tua. Dah tak da sesapa yang boleh bawak depa semua balik ke zaman kanak-kanak dah. Kesian depa...

Time aku sekolah rendah dulu, ada satu program, nama dia program nilam. Program tu lebih kurang macam, kena baca buku banyak-banyak, pastu tulis nama buku tu dekat satu kad yang cikgu dah bagi sorang satu, kad nilam kot nama dia, kalau tak silap aku ah.

Semua budak-budak gigih ah,baca buku banyak-banyak, sebab tetiap bulan, ada pelajar akan jadi pemenang untuk program nilam ni. Mungkin depa rasa akan hebat kot, time cikgu sebut nama depa masa tengah beratur dekat dataran tu.

Mau tak mau, aku pun terpaksa join jugak dalam program nilam tu, sebab semua student wajib ikut serta. Budak-budak lain mungkin betul-betul baca buku secara gigih, sebab nak jadik pemenang untuk program tu, aku pun gigih jugak, gigih tulis nama buku secara rakus dekat kad nilam tu, tapi sebenarnya, boleh bilang berapa kerat je pun buku yang aku betul-betul baca, homework yang cikgu bagi pun aku malas nak buat, lagi pulak nak suruh aku baca buku-buku cerita, lagi ah aku malas...

Rentetan daripada kemalasan aku tu, aku antara student yang tak pernah menang dalam program tu, tapi aku tak kisah pun tak menang, sebab kalau memang pun bukan ada hadiah, cuma kena panggil nama dekat assemble je, kalau menang dapat duit, mungkin aku akan kisah. Kecik-kecik dah mata duitan mueheheh.

Walaupun pada hakikatnya, aku macam mau tak mau je join program nilam tu, tapi aku ada jugak ah baca buku-buku yang di sediakan tu. Suatu hari, aku terbaca `Hanya Jauhari Mengenal Manikam.` di belakang sebuah buku, membuatkan aku tertanya-tanya siapa pulak pak cik jauhari dengan uncle manikam. Biasa ah, masa tu otak suci lagi, mana nak paham perumpamaan-perumpamaan ni.

Kira gigih jugak ah aku dok cari sapa jauhari dengan manikam, sampaikan tiap-tiap hari aku akan perati nametag semua orang yang aku jumpak, aku baca nama depa. Kesian kan dekat aku, gila punya naif time tu.

Nasib baik masa darjah empat or lima, cikgu bahasa aku ada ajar pasal perumpamaan, kalau tidak, mungkin sampai sekarang aku masih mencari siapa jauhari dengan manikam lol.

Itu je lah kot yang aku boleh share... okey babai.

Sila like kalau suka.

No comments: