Thursday, 16 May 2013

Hari Guru

Aku dengan acik, pernah bersekolah di sekolah yang sama, maknanya kami kenal hampir semua guru yang sama... Senang cerita, cikgu yang mengajar aku, mengajar acik jugak.

"Eja tu adik kamu..?"

Tanya cikgu salina dengan muka kurang percaya.

"Ermm..."

Aku ia-kan dengan nada mendatar.

"Saya baru tau."

Beritahu cikgu Salina kepada aku.

Time tu, aku tak pasti reaksi yang macam-mana yang perlu aku tunjukan kepada beliau, lalu aku cuma senyum. Daif lagi time tu, nak menipu pun tak pandai lagi.

Sukar untuk cikgu percaya, yang aku dengan acik sebenarnya adik-beradik, mungkin sebab paras rupa yang tak berapa nak sama atau mungkin sebab... sorang rajin, homework yang cikgu bagi, tak pernah tak siap, time ujian dengan kuiz pulak, tak pernahnya fail, walaupun sekadar ujian bulanan atau kuiz mingguan markah mesti nak yang tinggi-tinggi je. Yang sorang lagi pulak, pemalasnya na`uzubillah... homework yang cikgu bagi, tak pernah nak siap, kadang-kadang tak pernah buat pun. Pasal kuiz dengan ujian pulak tok sah dok cerita lah, tak pernahnya dapat jawab, nasib baik masa periksa bebetul ada hati jugak nak lulus.-Kekadang malu nak mengaku kekhilafan sendiri.-

Dah jadi kebiasaan bagi aku, midah, shida, shah dan rohaya untuk lewat masuk kelas, tak di sangka, suatu hari cikgu disiplin tunggu pelajar-pelajar yang lewat di tapak perhimpunan, siap ada rotan sepanjang satu kaki, di tangan beliau.

Maka kami berlima dengan pelajar-pelajar lain yang turut sama lewat di beri denda. Denda dia, tak de lah susah mana pun, cuma kena menyanyi lagu negaraku beberapa kali, sampai cikgu disiplin tersebut puas hati. Sebenarnya aku tak de ah kisah sangat pun, nak kena nyanyi lagu negaraku tu, aku memang dah hafal pun lagu tu, siap boleh nyanyi sambil tutup mata. kalau cikgu disiplin tu suruh nyanyi lagu, aku maafkan kamu yang jamal abdillah  feat dengan malique tu mungkin ada masalah sikit ah, mau jugak tergeliat lidah sesekor semua yang ada dekat situ.

Sebenarnya aku kesiankan abang senior yang kena naikkan bendera tu, sebab tetiap kali kami menyanyi, dia kena naikkan dan tetiap kali cikgu disiplin tu tak puas hati, dia kena turunkan bendera tu dan naikkan balik. Senior yang tak bersalah jugak yang jadi mangsa. Sejak peristiwa tu, shah dengan rohaya langsung tak pernah lewat ke kelas, tapi depa dua je lah yang tak pernah lewat. Aku, midah dengan shida macam tu jugak, tak pernahnya nak insaf. Tak de laratnya cikgu mustafa tu nak tunggu dekat assembly hehari.

Suatu hari di bulan disember, aku pegi sekolah untuk ambik result PMR. Aku masuk dalam pejabat dengan farina, kawan yang sesama ponteng kelas geografi dan melepak di dalam makmal sains, sampai tamat waktu geografi, bersama sorang lagi kawan bernama ojai. Sejiwa sangat.

Kebetulan...time aku ambik aku punya slip tu, ada sorang cikgu lelaki yang duduk di sofa sebelah kanan dinding pejabat. Lepas siap ambik slip keputusan PMR aku dan berbual ala kadar dengan kerani perempuan dekat pejabat tu, aku pun mintak diri untuk balik.

"Eja..."

Mendatar je suara cikgu duduk di sofa tu, lalu aku pun toleh ke arah cikgu lelaki tu, cikgu Ibrahim nama dia.

"saya nak tengok result kamu."

Aku tengok farina, farina tengok aku dan jongket bahu, rasa hairan mungkin... Aku langkah dua, tiga tapak mendekati sofa yang cikgu Ibrahim tu duduk. Berkerut muka cikgu Ibrahim tu tengok result aku...

"Ermm... tak pa lah."

Cikgu Ibrahim hulur balik slip tu dekat aku. Aku pun ambik kertas putih tu dan menapak keluar, sebelum keluar aku, pusing ke arah cikgu tu...

"Saya bukan Eja, saya kakak dia."

Muka cikgu yang berkerut serius, tetiba bertukar jadi senyuman. Entahkan ikhlas, entahkan tidak, cuma cikgu tu sendiri yang tau...

Aku grab B je, itu pun dah lepas telan macam-macam jenis air. Air sirap limau, oren, sirap bandung, air tebu, teh o, milo ais, senang cerita segala macam jenis air tawar, segala macam jenis air manis semua aku telan, kalau setakat telan memacam jenis air, telan badam, telan kismis, tapi buku malas nak baca, latihan malas nak buat, tak guna jugak.

Air rebusan buku rujukan je yang aku tak pernah try minum, aku rasa adik, aku telan air rebusan buku rujukan kot, sebab tu dia dapat straight A, aku pernah dengar cikgu-cikgu yang berlakon drama-drama melayu dalam tibi pernah cakap "kalau tak pandai-pandai jugak, rebus buku tu, minum air dia."


Dalam ramai yang tak percaya yang aku dengan acik ni adik-beradik pun, ada jugak yang boleh tersalah orang. Heran aku, bapak kawan acik, selalu panggil aku, sebab dia ingat aku ni acik. Cucu kepada jiran ayah selalu salah orang. Dia pikir aku dengan acik kembar, yang tu lagi parah. Eja tu cuma nama singkatan.

Kalau suka boleh like.

No comments: