Seorang pemuda yang menuntut di luar negara telah kembali ke tanah air. Setelah sampai di rumahnya, dia meminta ibu dan bapanya mencari seorang guru agama, ustaz atau sesiapa sahaja yang boleh menjawab soalan yang ingin di tanyakannya.
Ibu dan bapanya mendapatkan seorang ustaz untuk pemuda itu.
Pemuda: "Kamu siapa..? bolehkah kamu menjawab soalan saya.?"
Ustaz: "Saya hamba Allah, dengan izin-Nya, saya akan menjawab soalan kamu."
Pemuda: "Kamu yakin..? sedangkan profesor dan ramai orang bijak pandai pun tidak dapat menjawab soalan saya."
Ustaz: "Saya akan cuba, mengikut kemampuan saya."
Pemuda: "Saya ada tiga soalan... Soalan pertama, jika benar Allah itu wujud, tunjukkan kewujudan Allah kepada saya..? kedua, apakah yang di namakan takdir..? dan yang ketiga, kalau syaitan itu di ciptakan daripada api, kenapa syaitan di masukkan ke dalam api neraka yang juga di buat daripada api..? tentu ia tidak menyakitkan bagi syaitan, kerana syaitan dan api neraka mempunyai unsur yang sama."
Tiba-tiba ustaz itu menampar pipi pemuda yang bertanya tadi dengan kuat.
Pemuda: "Kenapa kamu marah kepada saya..?"
Ustaz: "Saya tidak marah. Tamparan itu adalah jawapan kepada soalan yang kamu tanyakan."
Pemuda: "Saya tidak faham."
Ustaz: "Bagaimana rasanya tamparan saya..?"
Pemuda: "Tentu saja sakit."
Ustaz: "Jadi kamu percaya sakit itu wujud..?"
Pemuda: "Ya..."
Ustaz: "Tunjukkan sakit itu kepada saya."
Pemuda: "Saya tidak boleh."
Ustaz: "Itu lah jawapan kepada soalan kamu yang pertama. Allah itu wujud, tetapi kita tidak mampu melihat-Nya. Adakah malam tadi kamu bermimpi akan di tampar oleh saya..?"
Pemuda: "Tidak."
Ustaz: "Adakah kamu pernah terfikir akan di tampar oleh saya..?"
Pemuda: "Tidak."
Ustaz: "Itu lah yang di namakan takdir. Tangan yang saya gunakan untuk menampar kamu di perbuat daripada apa..?"
Pemuda: "Kulit."
Ustaz: "Pipi kamu di perbuat daripada apa..?
Pemuda: "Kulit."
Ustaz: "Adakah kamu merasa sakit apabila di tampar oleh saya..?"
Pemuda: "Sakit."
Ustaz: "Walaupun syaitan di perbuat daripada api dan neraka juga di perbuat daripada api, tetapi jika Allah mengkehendaki, maka neraka akan menjadi tempat yang sangat menyakitkan bagi syaitan."
No comments:
Post a Comment