Friday, 26 July 2013

Kisah Karipap Penyek

Cuaca hari ni, mendung-mendung manja gitu... Bagus jugak ah kalau hujan nanti, boleh aku membuta kejap, tapi kalau tak hujan pun, pastu tak de pulak kena buat apa-apa kerja, aku membuta jugak muahaha, letih puasa kononnya... konon, padahal time bulan tak puasa pun, kalau tak de buat apa, membuta jugak kerja aku.

Ada sekali tu, abang aku beli kuih karipap, habuan kunyah-kunyah untuk isi perut di kala berbuka, tapi rupa karipap tu tak de ah kacak mana pun bak kata abang aku. Dia beli pun sebab terpengaruh dengan hasutan rakan taulan masa jalan-jalan dekat bazar ramadan. Hasutan rakan taulan ah, nak kata hasutan syaitan, syaitan semua dah kena ikat time-time bulan puasa ni ye dak...

Masa aku kecik-kecik dulu, bila ustazah cakap, masa bulan puasa semua syaitan kena ikat, aku bayangkan syaitan kena ikat macam binatang kena ikat dekat batang pokok, melampau tak imaginasi aku...?

Berbalik kepada kisah karipap tadi...

"Sedap ka...? macam tak semenggah pun ghupa karipap ni, penyek lain macam ja...?"

Kata-kata yang aku lemparkan pada abang, boleh pulak kata di lempar-lempar, gasak ah. Rentetan daripada peristiwa itu, tetiap petang karipap penyek yang rupanya tak semenggah dan tak sekacak yang abang aku katakan tu mesti ada, habuan isi perut time buka puasa. Sedap hoi rasa karipap tu, walaupun rupa dia tak semenggah mana. Betul ah, apa yang orang cakap...

"Mata juri pertama, juri kedua baru mulut."

Imam al-Ghazali Rahimahullah berkata dalam kitabnya, bahawa seharusnya seorang muslim itu redha dengan rezeki dan makanan yang ada. Apabila makanan yang di hidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya.

Rasulullah s.a.w tidak sesekali mencela makannan. Jika Baginda menyukainya, Baginda memakannya dan jika  Baginda tidak menyukainya Baginda akan meninggalkannya.

(Hadits riwayat al-Bukhari)

Kalau suka boleh like.

No comments: