Friday 3 January 2014

Hari ini 3 Januari

Aku di sini, seperti dulu, macam biasa.

Dengan tubuh yang sama.

Perangai yang lama.

Bersama riak yang langsung tak berbeza.

Kau dan aku berkenalan.

Lantas menjadi kawan.

Banyak kenangan sepanjang kita menjalin persahabatan.

Kita pernah saling bertukar idea dan buah fikiran.

Pernah sama-sama kita merajuk kerana saling membahan.

Kadang-kadang kita ketawa bersama, tak punya sebab, tanpa ada alasan.

Semuanya atas nama kawan dan persahabatan.

Pernah kita bertengkar tentang haiwan peliharaan.

Kau dan aku punya pendapat berbeza tentang binatang kesayangan.

Entah kenapa, perkara remeh kita perbesar-besarkan.

Pernah pilihan aku, kau persoalkan.

Kenapa new york cheese cake pilihan.

Kenapa bukan tiramisu yang jadi kegilaan.

Seperti aku sering aku katakan.

Kita tak sama, citarasa kita berlainan.

Selamat ulang tahun kelahiran.

Semoga kau baik-baik sahaja kawan, tenang di sana dan ditempatkan bersama orang-orang beriman.

Al-Fatihah.

No comments: