Thursday 19 February 2015

Ini Kisah Aku

Dah namanya pun belog aku, dah apa hal pulak aku nak cerita kisah orang lain ye dak..? Buang masa, buat dosa je dok pong-pang-pong-pang kisah hal rumah tangga orang lain, tangga rumah aku pun aku tak sempat nak jaga, lagi pulak nak jaga tangga rumah orang.

Sabtu dua minggu lepas, aku pegi pasar malam dengan dua orang kawan aku, niat di hati nak carik ayam percik madu, sekali terembat selai-dua selendang murah.

Dah apa hal pulak, pasal beli selendang murah dekat pasar malam pun aku nak kecoh.. nampak sangat, macam tak de benda dah aku nak cerita.

"kak selendang ni beqapa..?" aku pegang selai selendang sambil bajet macam tau jenis-jenis kain, padahal bajet je..

"ni sepuluh ja dik.." usaha nak layan kerenah aku.

"kalau yang ni..?" aku pegang selendang lain.

"yang ni pun sepuluh jugak." sambil kakak tu senyum-senyum dekat orang lain yang dok belek-belek selendang dekat booth dia.

"kalau saya ambik dua, kak bagi lapan qinggit boleh dak..?" aku senyum.

"sembilan boleh la dik, kalau lapan tak dapat." kakak tu pun senyum jugak, ikhlas tak ikhlas, terpaksa tak terpaksa tu aku tak tau lah, yang aku nampak dia senyum.

"kalau lagu tu, saya ambik dua-dua ni." aku tarik dua selendang yang aku bekenan.

"kalau dekat orang lain kak tak bagi dah discount, sebab depa pun tak penah mintak."

Aku tak tau lah ayat tu ayat perli, puji atau pun keji, yang aku tau aku dapat dua helai selendang dengan harga lapanbelas ringgit, mean sehelai sembilan ringgit, kawan aku syani pun beli jugak tapi dia beli dengan harga sepuluh la sebab dia tak mintak discount.

Hidup ni kena cerdik, kalau kita boleh jimat, apa salahnya kita berjimat... Jimat dengan kedekut lain okey, ejaan tak sama, makna pun berbeza.



Tak kisah lah selendang murah ke selendang mahal ke, selendang pasar malam ke, pasar tani ke, pavilion ke, butik ke, beli online ke hapa, janji boleh tutup apa yang patut di tutup, kot kata kalau hang beli selendang mahal, belit-belit selendang tu, terus muka berubah jadik emma wotson ke, jessica alba ke, lain cerita la..

Mesti jugak nak guna nama orang putih, apa artis-artis malaysia ni tak cukup putih da ke..? kang aku guna nama artis mesia kang ada pulak yang terasa, kang di buatnya aku kena saman, sapa pulak nak jadik peguam aku, sapa pulak nak bayar peguam tu nak bela aku..

Taip panjang-panjang, pastu merepek.

Tak kisah lah mahal ke murah yang penting selesa, barang mahal selalunya kualiti dia tinggi lah sikit, tapi bukan semua barang murah tak berkualiti.

Itu je lah kot cerita aku.. okey, bye.

No comments: