Tuesday, 3 April 2012

Recipe: Buah Melaka

"Bhahaha..." -Gelak sambil kembang kempiskan hidung.

"Anak dara apa gelak lagu tu" -Laung siti mak dari dapur.

"Ala mak ni.sporting la sikit" -Kelip-kelip mata.

"Sporting moting.Hang gelak camtu sekali lagi.Aku bagi peluku jurus lapan belas super sayaaa" -Sekali lagi puan suri rumah melaung dari dapur.

"Amboi mak..Sejak dok teman ayah tengok WWE ni ganas eh" -Kata sorang anak kepada maknya.

Tetiba burung merpati yang terbang dua sejoli hinggap di hujung dahan pokok mempelam dekat rumah aku.Mungkin merpati dua sejoli tu nak belajar peluku jurus lapan belas dari mak aku kot.Untuk di praktikkan semasa sesi berlawan dengan cacing tanah masa makan tengah hari esok.Maklum lah,cacing-cacing la ni extreme dah.Bukan macam cacing zaman dulu.Ok,kita biar ja merpati dua sejoli tu berguru dengan mak aku.Hampa pulak mai berguru dengan aku.

Haa..Sudah la merapu sikit-sikit.Aku ni,bukan boleh biaq lelama.Sat gi sesat sampai Amreka aku bawak hampa.Bukan boleh harap sangat..Hahahah...

Ok...Anak tekak kemaruk nak makan buah melaka...hikhikhik -gelak mengada-ngada- Benda kacang,boleh buat sendiri.Ikut citarasa sendiri.Sedap tak sedap,sendiri telan.

Bahan-bahan yang di perlukan:

Tepung Pulut

Tepung tu,sesuka hati nak guna cap apa pon hokey.Kalau tak dak cap gajah cap lain pon boleh.Asalkan nama dia tepung pulut.Kalau hang guna tepung gandum nak buat buah melaka.Memang la jugak aku pi belajaq peluku jurus lapan belas super sayaa dekat mak aku.Aku sekeh kepala hang lelaju.


Daun Pandan

Kalau aku,aku memang tak guna pewarna so,daun pandan kena banyak la.Lima ke enam helai macam tu.Kalau hang nak guna pewarna pon boleh tapi mak aku kata pewarna yang berlebihan tak elok untuk kesihatan.Sejak bila mak aku pi belajaq jurus kedoktoran tah.Ok,abaikan...Tapi betoi,perwarna tak berapa elok untuk kesihatan.Tapi kalau hang nak letak jugak.Ok,tak dak masalah.Tapi kalau guna daun pandan aroma tu ada ok.Pilihan memasing.

Daun pandan tadi, hang blend jadi jus, jus pandan gitu. Tapi bukan habuan minum di kala sengang, air pandan tu habuan nak uli dengan tepung nanti. Jangan lupa, masukkan garam barang secubit dua masa nak blend tu.


Gula Melaka(google)

Potong kecik-kecik.Tak penah di buat orang sumbat terus seketol gula melaka dalam sebijik buah melaka tu.Tapi kalau unk nak buat jugak tak dak halangan.Tapi pandai-pandai la hang pikiaq sendiri besaq mana buah melaka hang nanti.



Memandangkan aku lupa nak snap gambar kelapa parut, maka aku google je. Kalau rajin tumbuk sukit kelapa parut tu. Memandangkan aku tumbuk kelapa parut tu, makanya aku letak gambar kelapa parut dalam lesung batu mueheheh.

Ok,semua bahan dah siap.La,hang ambik besen unk letak 3 cawan tepung kat dalam besen tu.Lepas tu hang masuk jus pandan tu sikit-sikit.Hang uli dulu,kalau tak cukup hang tambah sikit-sikit jus tu.Jangan tuang semua terus,nanti kot terlebih air.Dah lembik pulak doh hang tu.

Pitca doh aku lupa nak snap.Hang agak-agak sendiri la.Agak doh tu ,hang boleh uli-uli.Dah siap seketul doh hang.Ok,dah tu hang ambik sikit doh tu,hang jadikan petak kecik-kecik (kejadah apakah.Tak pernah di buat orang)



Ok,hang bulatkan kecik-kecik macam pitca dekat atas tu lah lebih kurang.Jangan lupa masukkan gula melaka yang unk dah potong kecik-kecik tadi.Pastu hang uli bagi bulat balik.Sebelum hang uli benda alah ni semua,jangan lupa jerangkan air.Sebab bila dah siap letak inti kat dalan doh kecik-kecik ni,kena rebus pulak.Pastikan air betul-betul mendidih ok.Air untuk rebus tu,ikut suka hati.Kalau agak tak cukup nak guna periuk.Boleh pi pinjam kawah kat jiran sebelah rumah tehee

Bila air dah mendidih dengan penuh kejayaan,baru hang campak-campak doh tu kat dalam periuk tu ok.Biar ja doh tu lemas kat dalam periuk.Lepas benda alah tu timbul,baru lah angkat.Lepas tu hang boleh la golek-golekan kat atas kepala parut yang sedia menunggu tu.



Taraaa...!!! Dah siap.Boleh telan lelaju dengan rakusnya.Bhaha...Dah tu tak kan buah melaka saja.Buat la air sekali.Kang tercekik pulak orang yang makan tu.Tak kan nak buat air pon aku nak kena ajar kot.Pepandai hang la.

Dah siap semua qeja,lepas tu aku ambik incik Acer dalam bilik,on9 sat.Cari nama cik kiwi pastu taip lelaju.

-Nak makan buah melaka mai umah-(buat qeja jahat sekali sekala tak pa.Dah tau dok jauh,nak mai semata-mata nak makan buah melaka,macam tak masuk akai ja..hahah)

Cik kiwi dok mula bising-bising dah,kata aku ni sibuk memanjang.Mula abaikan dia.Nak on9 sat pon tak dan.Buzy ja...Sampai dekat nak merajuk dah tu.Sorry la kawan,aku sibuk.Cikma pon dah hingaq sikit-sikit.Kata aku ni selalu tak dak masa.Dah banyak kali ajak keluar,tapi tak dapat-dapat jugak.Sorry kawan...Ada masa free nanti kita date ok.

Sebab aku buat banyak,maka aku hantar la kat jejiran.Habuan pahala kat sana esok.Mana taw kot-kot boleh bantu mana yang kurang kan.

Okey,siti mak kata sedap,mohd ayah pun cakap sedap.Cukup rasa.Orang belakang rumah kata ok,terbaik.Orang tepi rumah pon puji melambung.Ok settle.Menjadi...

Terkilan jugak siti acik tak dak nak rasa buah melaka versi aku..Sob sob sob..Ambik tisu lap air mata selow-selow.Tapi nak buat macam mana tak dak rezki depa.Kalau di izinkan nanti ada la habuan depa tu...

Ok.Buah melaka ni,aku tak guna gula melaka tapi guna gula merah.

Ok,senang cerita macam ni.Aku bagi kat hang contoh mudah.Satu hari hang tringn nak makan nasi dengan sambal udang,hang pon pi kedai nak beli udang.

"Pak cik mat.Udang ada dak..???" -Soklan penuh sopan santun

"Laa..Hang mai lambat.Che kiah baru ja beli perabih udang.." -sambil tunjuk sorang mak cik pakai kain batik merah,baju kurung warna kuning cair yang menjinjit beg plastik warna biru.

"Yang ada la ni ayam ja sekoq.Hang nak ka..???" -sambil tunjuk ayam yang siap di sembelih dan siap di togelkan.

La ni hang ada dua pilihan.Satu,hang balik tanpa beli apa-apa.Lepas tu merajuk tak mau makan seminggu.Kedua,hang beli ja ayam tu.Hang balik buat sambal ayam.Bilamana lepas unk makan nasi dengan sambal ayam tu rasa kenyang dia sama ja macam hang makan nasi dengan sambal udang.Pilihan di tangan sendiri.

Ok,family aku bukan berasal dari orang senang.Yang bilamana bila aku mintak nak kapal layar hat besar tu.Nak pi belayar sesorang.Tup-tup dah ada depan mata.Yang bilamana bila aku mintak nak jet pejuang sebijik nak letak depan rumah.Tup-tup dah sedia dekat laman.Tak payah mimpi.Comfom tak dapat.

Aku dah di ajar untuk,kalau aku rancang plan A, dan tetiba plan A spoil.Maka aku kena ada plan B.Serupalah macam kes kat atas,tak kan semata-mata sebab gula melaka tak dak,langsung tak payah buat.Langsung tak payah makan.

Kalau tak cuba, tak tau. Aku dah cuba, rasa lebih kurangt je dengan yang buat dengan gula melaka tu.

No comments: