Berdasarkan tajuk di atas, hang jangan pepandai pikir bebukan. Aku sekeh kepala hang lelaju nanti. Malam tu, lepas solat Isya`, aku lelepak depan kedai ayah aku. Merenung bulan nun jauh berdekatan langit, tersenyum ceria si bulan di selimut awan putih. Belum sempat awan mendung menyapa, angin kencang lebih dulu memberi amaran, bintang-bintang tersenyum girang di sapa angin sempoi-sepoi bahasa.
Lalu tiga ketul umat manusia yang sangat aku kenali, sambil kaki melangkah, mulut ringan menyapa...
"Kak lang." sapa Izhar, anak pak long belakang rumah. Aku senyum.
"Mai mana..?" Aku bertanya, sekadar berbasa-basi.
"Masjid...." Serentak mereka bertiga menjawab.
"Ada apa kat masjid...?" Aku bertanya kembali.
"Ada orang la. Hantu tak duduk dekat masjid." Mereka bertiga senyum.
Perghhh jawapan, bebudak ni memang nak mintak penampar.
"Kak lang buat apa...?"
"Tak nampak..? kan tengah main tenis ni.."
Servis berbalas hak hak hak, kan dah kena.
"Tik,tik,tik" Jam di tangan aku terus berdetik. Berderai-derai aku dengan bebudak bertiga tu gelak, dari crita pasal denda terus masuk ke teka teki.
"Ada dua jenis kacang dekat dalam balang. Goncang balang tu kekuat sebab nak campurkan -kacang-kacang tu, tapi kenapa kacang-kacang tu tetap tak bercampur, kenapa..?"
Tak ka serabut nak pikir jawapan,rasa nak putus wayar otak,rasa nak pecah jugak tengkorak,punya pulun pikir jawapan.Sudahnya jawapan punya lah mudah.Sebab kacang tu cuma ada dua bijik.
p/s: Hidup ni, sebenarnya indah, tapi keindahan tu akan hilang kalau kita tak hargai.
No comments:
Post a Comment