Friday, 8 June 2012

Adakah Ini Fakta

Sorang kawan pernah bagi tau aku...

"Orang yang guna tangan kiri untuk menulis akan pandai maths sebab orang tu akan guna otak kanan untuk berfikir."

Macam mana dia tau...? mana dia baca...? Bila dia hafal...? tak pernah pulak aku tanya, mungkin aku rasa tu semua tak penting, maka aku cuma mendiamkan diri dan abaikan kata-kata tu. Ibarat mencurah air ke daun keladi, eh bukan-bukan. Masuk telinga kanan, keluar telinga kiri mungkin lebih sesuai. Aku pulak dengan tahap ketidakpastian yang cukup tinggi terhadap kenyataan kawan aku tu dengan yakin, bagi tau pulak dengan abang ngah aku.

Dan angah langsung tidak setuju dengan kenyaan tu, kerana menurut kata angah aku, sorang member dia turut menulis dengan menggunakan tangan kiri tapi bengap jugak dalam maths.

Kalau dah rajin buat latihan pandai lah kan, kalau time cikgu mengajar dalam kelas, asyik tidur je kerjanya, mana nak pandai.

Pikirkan...

No comments: