Mula-mula saya sediakan semua bahan untuk sediakan masakan kurma, seperti bawang besar, ubi kentang, kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih dan beberapa bahan ringkas yang lain. Dan yang paling penting, tentulah rempah kurma. Saya gunakan cap adabi, kalau awak nak guna cap lain pun boleh. Awak semua boleh beli rempah ini di kedai berhampiran rumah awak, berhampiran rumah tuk penghulu kampung seberang pun boleh juga, asalkan namanya rempah kurma. Awak tak tahu bagaimana rupanya...? Jangan risau kerana ada tertulis perkataan kurma pada pembungkus, rempah ini dalam bentuk serbuk. Maka,haruslah awak meletakkan sedikit air untuk menjadikannya pes.
Hari ini saya masak kurma telur, maka haruslah ada telur yang telah siap di rebus. Ya, saya maksudkan telur ayam, bukan telur burung unta atau telur burung merpati apatah lagi telur burung helang, tidak sama sekali.
Saya mayangkan dua ulas bawang merah yang kecil, lalu saya panaskan kuali dan tuangkan sedikit minyak. Saya menggunakan minyak masak dan bukan minyak tanah, apabila minyak sudah panas, saya masukkan bawang yang telah di mayang halus ke dalam kuali, kemudian saya masukkan sedikit bunga lawang, bunga cengkih dan juga kulit kayu manis. Saya tidak menjumpai buah pelaga, jadi saya tidak masukkan buah pelaga dalam masakan kurma saya.
Setelah naik
Setelah selesai, awak boleh makan dengan nasi arab atau nasi minyak. Dengan nasi tomato pun boleh juga, serasi bersama jika di makan dengan nasi putih...
Awak, awak jangan lupa letak garam tau, kalau tak, nanti tawar pulak masak kurma awak. Secara sengaja, saya telah masukkan buah tomato. Siap untuk di makan.
No comments:
Post a Comment