Tuesday, 7 August 2012

Masalah

Langit tak selalu cerah, kekadang matahari terpaksa jugak bersembunyi di balik awan untuk bagi laluan pada rintik hujan yang terkinja nak turun ke tanah, hdup pun bukannya selalu indah, kadang-kadang ada jugak masalah yang datang menjenguk, mau tak mau, kena jugak terima. Masa aku kekecik dulu, aku nak cepat besar, sebab time tu aku ingat bila dah aku dah besar, aku tak payah sesusah nak pikir pasal ujian, pasal upsr, pasal gerak gempur, pasal tuisyen, pasal homework, pasal macam-macam lagi ah. Aku tak tau pulak yang rupanya bila dah besar, lagi banyak masalah yang nak kena tanggung.

Time kecik dulu hidup aku cuma, pagi pegi sekolah macam biasa, petang pulak pegi kelas kafa. Balik dari kelas kafa, main la apa-apa yang patut dekat depan rumah dengan kengkawan sepermainan. Malam pulak, pegi mengaji Quran, itu je ah rutin aku hari-hari.

Kalau dulu-dulu, zaman kekecik kalau ada terasa hati dengan kengkawan pun setakat lari balik rumah, pastu dok diam-diam dekat dalam rumah, bila kengkawan panggil ajak main sesama petang-petang, buat-buat tak dengar, merajuk la kononnya, sumpah poyo gila time tu hak hak hak, tapi bila dah jumpak dekat rumah tok guru yang ajar mengaji memalam tu, emosi dah stabil balik dah, dah boleh balik mengaji sesama, dah boleh sembang nak main apa petang esok, tak sanggup nak merajuk lelama, nanti tak da kawan nak main sesama.

Tapi tu zaman kecik, zaman otak tak mampu nak pikir secara rasional, zaman main pakai percaya je apa yang orang cakap, zaman tak boleh nak beza lagi yang mana satu betul, mana satu tipu, zaman main percaya je apa yang mata lihat,terutama di tibi, zaman memati ingat doremon tu bebetul wujud, zaman sesungguh percaya etotatoman betul-betul boleh fire rakraksa.

Tapi sekarang dah lain dah, sekarang kena banyak guna otak, kena pikir camna nak jaga hati orang tu, kena pikir camna nak jaga hati orang ni, kang salah cakap nanti boleh hilang kawan pulak. Salah cakap nanti merajuk berbulan-bulan, silap-silap bertahun-tahun, masalah jugak tu. Itu belum campurtambahtolakbahagidarab masalah dengan boyaperen/gulperen lagi. Kalau berkaitan dengan perasaan, lagi lah banyak masalah, jenuh nak pikir, macam mana nak selesaikan kan masalah-masalah tu semua, boleh gugur rambut dengan masalah-masalah tu semua. Mujur sekarang dah ada yun nam hair care.-urut dada, tanda lega.-

Berdasarkan semua kajian dan kes yang berlaku, aku pegang satu kata-kata. Kata-kata yang aku pegang mudah, hidup ibarat anak pokok, masalah pulak ibarat matahari dengan air. Kalau anak pokok tak jumpak cahaya matahari dengan air, kan mampu punya anak pokok tu nak membesar, jadik pokok yang kuat dan keluarkan buah banyak-banyak.

Lebih kurang macam tu lah, kita sebagai manusia. Kalau tak jumpa masalah, macam mana kita nak jadi manusia yang kuat, yang cekal, yang tabah.

No comments: