Saturday, 11 August 2012

Orang Baru

Bersyukur ke hadrat Ilahi, kerana berkat limpah dan kurniaNya dapat lagi kita bangun pepagi, sedut oksigen dan hembus karbon dioksida. Dapat lagi kita bersahur dan terus berpuasa, dapat lagi kita dengar azan subuh dan tunaikan kewajipan sebagai hambaNya. Dapat lagi kita lihat muka kita di cermin, dapat lagi kita gerakkan tubuh badan dengan sempurna, dapat aku merepek dekat blog ni. Bukahkan ini satu nikmat, cuba hang bayangkan semalam hang pejam mata, tidur, lena, bila hang bukak mata balik, hang dah ada dekat satu tempat yang asing dan di temani dua malaikat, apa je lah bekalan kita untuk hadapi saat-saat tu, apa je lah yang kita ada untuk jawab soalan-soalan yang bakal di tanya nanti. Masa tu baru terpikir, betapa banyak kemungkaran yang kita dah buat masa kita hidup, betapa banyak masa yang kita dah buang untuk kejar dunia.

Dengan berkat dan kurniaNya jugak, wife abang ngah aku dah selamat lahirkan seorang lagi baby. Syukur sangat, oleh sebab si kecik tu baru lahir petang kelmarin tak dapat la aku nak tunjuk gambar dekat hang, aku pun tak tengok lagi.

Lahirnya kita di sambut dengan azan/iqamat, perginya kita di hantar dengan solat. Betapa singkatnya masa antara azan/iqamat dan solat. Apa persediaan kita untuk itu...? cukupkah persediaan kita...?

No comments: