Tuesday, 28 August 2012

Raya 2012: Part 1

Apa kata kita mulakan entry berkaitan raya, dengan soalan-soalan lazim yang di tanya ketika musim perayaan, habuan buat cuci-cuci mata.

- Cuti raya berapa hari...?
= Seminggu je...
(kalau nak cuti setahun kena tunggu bapak aku bukak syarikat sendiri, tu pun belum tentu nak dapat cuti sampai setahun...)


- Baju raya berapa pasang...?
= Sepasang ke dua pasang je...
(Ingat nak melanggan sampai kosong satu butik tu, tapi kesian pulak dekat tokey butik tu. dia nak berniaga apa pulak lepas ni...)


- Dah raya sampai ke mana...?
= Tak raya mana lagi, kat rumah je...
(london, paris, italy, new york, jerman semua aku dah sampai, cuma rumah hang je yang aku tak sampai lagi hak hak hak, okey, agak keji di situ.)


- Kuih raya ni buat ka beli...?
= Setengah buat, setengah beli...
(hang rasa pun tak lagi, dah sibuk tanya buat ke beli, ada hati nak tempah kuih dengan aku ke tahun depan...)


Selamat Hari Raya...!

No comments: