Assalammualaikum...!
Satu hari sebelum raya, aku dah nampak muka yang sebelum ni kemain sakan lagi merempit ke luar negara, dah dekat-dekat raya nampak jugak batang idung depa orang dekat kampung. Ukur-ukur jalan, usha-usha kampung, tengok apa yang lebih, apa yang kurang. Ada buah tangan dari budak mustakim marhan, thanks kawan hak hak hak, mujur hang tak lupa aku.
Raya pertama aku dekat rumah je, punya sibuk sampai tibi pun aku tak sempat nak jeling, apa tah lagi nak kenyit-kenyit mata, rupanya banyak jugak kaum kerabat, sanak-sedara selagu seirama. Time-time macam ni ah nak jumpak pun, ye dak... mintak maaf salah-silap yang dah lepas-lepas tu.
Keluarga aku punya warna tema biru, pak su aku pulak merah, maka adik-adik sepupu aku semuanya serba-serbi merah, pak cik aku kuning, silau mata iolls tengok baju depa orang.
Yang kiri tu abang aku, aku dengan dia lahir sama bulan tapi lain haribulan, aku panggil dia abang, dia panggil aku kakak, so siapa nak jadi adik...? tak pa biar acik ja yang jadi adik. Kalau ada orang tanya aku sapa tu, serentak kami jawab kembar rupa paras hak hak hak. Isi padu otak sama je. -kejadah apa, pagi-pagi raya pakai t-shirt.-
Orang baru.
Antara muka-muka yang berkunjung pada hari raya kedua. Ina dengan muka terlajak gula dia, habis kencing manis semut-semut dekat rumah aku heheh. Ecah, dulu cekeding je, sekarang dah jadik dua keding. Pija yang always riuh rendah, kelam kabut punya pasal, pin tudung jatuh dalam kuah laksa, nasib baik tak di telannya pin tudung tu, kalau tak mampus nak seiring sejalan berlari berkejaran ke hospital pulak. Adah selaku sepupu sepapan, selagu seirama -baju itam bunga purple.-sweet-sweet je sopan, macam tu ah dia. Jenny dah putih makin putih, kalau dia pakai baju putih, tak dapat beza mana satu baju, mana satu dia hak hak hak, nasib baik dia pakai baju kelabu hari tu. Pika bertindak sebagai driver -baju pink, tudung hitam- tahun lepas datang beraya bawak kancil, tahun ni alza pulak, kemain kau ye. Yang lain-lain, bertindak penumpang boleh duduk chill-chill sambil nyanyi lagu itik gembo-gembo.
Suprise raya pertama hak hak hak, inilah akibatnya jika terpengaruh dengan iklan yang di tayangkan di tibi. Jeng, lu pagi-pagi raya dah buat guwa senyum sorang-sorang. Aku ingat nak simpan botol coke tu, buat pusaka untuk anak cucu aku nanti, itu pun kalau aku ada anak cucu lah, tapi emak aku dah buang pulak, nasib kau lah botol.
Pada hari raya ke-tiga, tak sempat aku bangun tidur, wawa dah call ajak beraya ke rumah cikma.
Bajet ayu di situ bhahaha.
Mereka berebut.
Okey, gelak over di situ.
Setelah tangan bertemu tangan, kulit bersentuh kulit, pipi bersua pipi dan mulut meminta maaf, yang mana terkasar bahasa, yang mana terlancang bicara, yang mana termakan terminum tanpa rela, jom lah kita balik.
Tetiba kereta pujaan jiwa raga lalu di sebelah mata.
Sebelum balik, singgah sebentar di pasaraya, beli coklat habuan kunyah-kunyah hak hak hak. Dah sebulan tak kunyah coklat kerana puasa.











No comments:
Post a Comment