Tuesday, 11 September 2012

Kisah Rasulullah Dan Limau


Suatu hari Rasulullah SAW didangi oleh seorang wanita kafir, ketika itu baginda bersama dengan beberapa orang sahabat baginda. Wanita berkenaan membawa beberapa biji buah limau sebagai hadiah kepada baginda. Cantik, dan sungguh harum buah limau itu.

Sesiapa yang melihatnya pasti terliur, baginda menerima hadiah itu dengan senyuman gembira. Hadiah itu di makan seulas demi seulas oleh Rasulullah SAW dengan senyuman. Biasanya Rasulullah akan mengajak para sahabat untuk makan bersama baginda, namun kali ini tidak. Tidak seulas pun limau itu diberikan kepada para sahabat.

Rasulullah SAW terus makan, setiap kali dengan senyuman, sehingga habis semua buah limau itu. Kemudian wanita kafir itu meminta diri untuk pulang. Rasulullah SAW mengucapkan terima kasih kepada wanita itu. Sahabat-sahabat berasa hairan dengan sikap baginda lalu mereka bertanya.

Dengan senyuman Rasulullah SAW menjelaskan "Tahukah kamu, sebenarnya buah limau itu terlalu masam semasa saya merasainya buat kali pertama. Sekiranya kamu turut makan bersama, saya bimbang jika ada di antara kamu yang akan mengerenyetkan mata atau memarahi wanita tersebut."

"Saya bimbang hatinya akan tersinggung. Sebab itulah saya menghabiskan semua buah limau itu."

Begitulah akhlak Rasulullah, baginda tidak akan memperkecil-kecilkan pemberian seseorang biarpun benda yang tidak baik, bahkan dari orang bukan islam pula. Wanita kafir itu pula pulang dengan hati yang kecewa.

Mengapa...? sebenarnya wanita kafir itu bertujuan mempermain-mainkan Rasulullah dan para sahabat baginda dengan hadiah buah limau yang masam itu. Malangnya tidak berjaya, rancangannya berjaya di'tewas'kan oleh akhlak mulia Rasulullah.


*********************************
Mulianya akhlak Rasulullah, tak macam kita, umat akhir zaman. Jalan sesak sikit dah siap tahan maki dalam hati, orang kutuk sikit dah niat dalam hati tanak maafkan orang tu sampai bila-bila, orang kecikkan hati sikit, dah tarik muka. Akhlak siapa lagi yang kita nak ikut kalau bukan akhlak Rasulullah.

No comments: