Friday, 21 September 2012

Recipe: Ayam Sambal

Acik ambik pinggan kosong dekat dapur, lepas tu jalan ke meja makan, senduk nasi ke dalam pinggan dan duduk. Senduk lauk, masuk dalam pinggan yang sama sambil diperhati sang emak yang turut duduk di meja makan. -manja..! makan pun nak kena teman.-

"Alanggg...! Alanggg...!" Acik memekik dari meja makan.

"Yaaa...! Nak apa..?!" Aku menyahut dari ruang depan, mata masih di screen tibisyen.

"Alang-alang menyeluk pekasam, biar sampai ke pangkal lengan...!" Kata acik. -aku rasa macam nak tepuk je dahi budak ni.-

Acik dan sang emak ketawa mengekek di meja makan di ruang dapur.Di ruang depan, aura pembunuh aku meluap-luap nak keluar bak larva gunung berapi nak melimpah, takpe tahan maki dalam hati. -Kalau sang emak baca belog ni, ternampak pulak aku tulis camni, mau di firenya aku sampai hangus...Sorry ibu, tak niat pun sebenarnya, tapi sapa suruh bersekutu dengan acik..JEBAT DURHAKA PUNYA BUDAK...!!!- tapi tak pe, bak kata pepatah ada ubi ada batas, hebat rasanya bila di bahan oleh adik sendiri -.-

AMARAN KERAS: mukadimah entry langsung tak berkenaan dengan tajuk.sila abaikan, tanak baca pun takpe.

*******************************


Aku ni sebenarnya bukan rajin sangat nak masak-masak ni, tapi kalau dah perut sibuk main lagu dikir barat tambah keroncong campur dondang sayang masuk segala macam irama malaysia dengan mak bapak k-pop segala bagai dan takde sesapa nak tolong masak, kena lah jugak aku masak sendiri.

Kalau aku keluar beli makanan kat luar, aku nak kena to-up minyak kereta bagai, kalau aku masak sendiri dekat rumah kan jimat, selamat duit aku heheheh. Lagi pulak bahan semua dah ada, yang di perlukan cuma kerajinan dan usaha, lepas tu dah boleh membedal.

Bukak peti sejuk beku, tengok ada ayam yang dah siap di siang, dah siap cuci sekali. -dalam hati cakap, sayang mak sangat-sangat..-Aku pun ambik ayam tu, rendam dalam besen, letak tepi. Ambik pulak periuk, basuh beras, tanak nasik. Bila ayam dah lembut, dah tak beku, toskan ayam, lepas tu masuk serbuk kunyit sikit, rempah kari sikit dan sedikit garam halus. Siap untuk di goreng.


Dah siap, ayam goreng.



Kupas bawang besar sebijik, potong cili kering dalam sepuluh tangkai, garam sikit, sedia untuk di tumbuk, jangan lupa sedikit gula. Aku guna lesung batu, senang. Jimat tenaga aku nak basuh-basuh blend bagai.



Kupas dua bijik ubi kentang dan belah ikut selera memasing. Empat segi, tiga segi, bersegi-segi ka,tu memasing punya hal, goreng. Aku goreng kentang guna minyak bekas goreng ayam.



Rupa kentang selepas di goreng, jangan nak tipu kentang jadik arnad lepas kena goreng. Pastikan kentang tu bebetul masak, kalau kentang tu tak cukup masak, mentah ah rasa dia nanti, tak kan tu pun aku nak kena ajar.

Dah tu panaskan kuali, masukkan sedikit minyak, sikit je...! tak payah humban sampai satu botol. Minyak dah panas, masuk pulak bahan-bahan yang dah siap di tumbuk lunyai tadi, tumis sampai naik bau. Pastikan cili tu masak, kalau tak masak nanti, hang sakit perut jangan salahkan aku pulak. Cili dah masak, masukan pulak ayam dengan kentang yang di goreng tadi, gaul hingga sebati dan tutup api.



Dah boleh makan bersama nasi putih, kalau nak makan nasi minyak pun boleh. Sebelum makan, jangan lupa baca doa, babai.

No comments: