Wednesday, 12 December 2012

Kawen Dan Makan/Makan Dan Kawen

Hari: khamis
Hari Dan Bulan: enam hari bulan disember
Tahun: 2012

Aku: t-shirt baru, cantik.

Abang: nak ka...?

Aku: aku cakap ja lah.

Abang: hang nak ka...?

Aku: aku cakap ja lah.

Abang: aku tanya,hang nak ka...?

Aku: aku jawab, aku cakap ja.

Abang: kalau hang nak, aku nak bagi.

Aku: kalau dah nak bagi, mesti lah nak.

Maka t-shirt tu pun  beralih tuan, malam tu aku beli nasi kukus dengan ayam goreng berempah untuk kembar rupa paras aku. Anomnom sweet nau abang aku tu, tapi kadang-kadang  je lah sweet, selalunya membahankan aku je kerja dia.

* * * * * * * * * * * * * * *

Hari: jumaat
Hari Dan Bulan: tujuh hari bulan disember
Tahun: 2012

Atau bersamaan jugak dengan duapuluhtiga muharam, emak bersama jejiran selaku teman seangkatan bergosip di kala senggang, sepakat untuk buat bubur asyura.-entah betul, entah tak betul aku eja tu. Gasak je lah.- Semua orang memasing pakat sibuk gotong-royong buat apa yang patut, aku pun sibuk jugak, sibuk ber-online bagai hak hak hak. Keji.


* * * * * * * * * * * * * * *


Hari: sabtu
Hari Dan Bulan: lapan hari bulan disember
Tahun: 2012
Edisi: Makan Sampai Kembung.



Hari sabtu hari tu, mun kawen. Aku pegi dengan kak teh dan kawan sorang lagi kawan kak teh, nama dia syamim, wa pulak tak de, dia pergi bercuti dengan incik laki.



Lepas balik kenduri rumah mun, aku, kak teh dengan syamim pegi kenduri rumah ida pulak, kak teh dah ajak, aku pun melenjan pegi sekali dengan kak teh. Aku ni memang pantang, pantang orang ajak, cepat je aku agree mueheheh.



Sweet je budak mim ni, boleh ah ngan dengan aku, kepala aku ni kadang-kadang gelong sikit, itu kadang-kadang je lah, selalunya gelong banyak, tabiat.

Hari sabtu yang sama jugak, kenduri dekat rumah sepupu aku, kira ni last kenduri yang aku pegi ah hari sabtu hari tu. Aku pegi dengan kak teh, mim pun ikut sekali. Mau tak lebat wedding give hari tu, tak cukup tangan nak pegang.









Sampai-sampai je, nampak pelamin kosong, pengantin sibuk bagi hadiah untuk cabutan bertuah bagai. Boleh ah ambik gambar atas pelamin barang sepam dua. Pelamin cantik, aku ni spesis jakun sikit kalau nampak benda-benda cantik ni, boleh meroyan kalau tak snap gambar.

Aku malas dah nak taip-taip, aku sambung nanti la eh...

p/s: wa,jangan lupa souvenir untuk aku mueheheh.

No comments: