Hari: sabtu
Hari Dan Bulan: lapan hari bulan disember
Tahun: 2012
Edisi: Sambung makan sampai kembung
Pastu kak teh ajak aku pegi makan stimboat dengan kengkawan dia, aku ni. jenis pantang, pantang orang ajak. Nak-nak lagi orang nak belanja, cepat je aku agree mueheheh.
Kak teh bawak aku dengan syamim merempit pergi restoren stimboat, huwaina selaku anak sedara kak teh pun ikut sekali, maklum lah nak makan free kan, sape tak nak mueheheh.
Kak teh ni spesis kalau bawak kereta, takdenya reti nak selow-selow, jenis rempit-rempit je dia, tak sempat sepuluh minit berlalu, kereta kak teh dah siap park dekat depan restoren tu dah, tu yang aku suka tu, bab makan nak laju-laju je -.-' (sedikit haloba di situ.)
Kereta kawan kak teh, masa kami sampai, kawan kak memang dah ada dekat situ, kemain semangat lagi nak membedal hak hak hak. Nama dia jay.
Kak teh ni, betul punya lapar, kuku jari pun di bahamnya.
Dah macam mak dengan anak hak hak hak.
Nak number talipon dua makluk ni...
Siap sedia untuk mencekik.
Perghh, heavennya hidup. Soru time.
Ouh dah settle dah, time nak bayar, brader yang jaga kuanter tu cakap, ada pak cik yang duduk sebelah meja kami tu dah bayarkan. Pak cik tu pakai baju melayu warna putih kalau tak silap aku. Time kasih ye pak cik.
Syamim dengan kak teh bawak nota berlambak-lambak pegi rumah kenduri. Tah bila masa depa nak baca nota-nota tu tak tau ah.
Mereka belajar di unimap.
Taip entry sambil membedal kuih makmur dengan almond london yang aku beli masa nak pergi kenduri mun hari tu.
Aku: nak panggil apa ni...?
Jay: jay.
Aku: nama penuh apa...? Jamilah...?
Jay: junaidi, siap ada ni -tunjuk halkum.- kalau nama jamilah jugak tak tau lah.
Aku: hahah
Sesi suai kenal dah buat perangai tak senonoh, otak aku ni kadang-kadang memang senget sikit, kadang-kadang je lah sikit, selalunya banyak, tabiat.

No comments:
Post a Comment