Wednesday, 23 January 2013

Puasa Sunat

Assalammualaikum.

Kita hidup ni bukan cuma untuk menerima, tapi jugak untuk memberi, jadik aku nak memberi-tahu hang pasal puasa sunat.

Puasa Isnin Dan Khamis:

Antara puasa-puasa sunat adalah puasa pada hari isnin dan khamis, Rasulullah sentiasa berpuasa pada dua-dua hari ini dan baginda pernah bersabda tentangnya. "Itu adalah dua hari yang dalam keduanya amal perbuatan di perlihatkan kepada Rabb semesta alam, aku senang amalku diperlihatkan ketika aku sedang berpuasa."
(shahih Sunan al-Nasa`e)

Puasa Tiga Hari Setiap Bulan:

Rasulullah bersabda. "Berpuasalah tiga hari dalam sebulan kerana kebaikannya akan di balas dengan sepuluh kali lipat ganda dan itu seperti berpuasa sepanjang masa."
(shahih Sunan al-Nasa`e)

Tiga hari yang di maksudkan adalah pada 13, 14 dan 15 setiap bulan, di sebut juga sebagai "hari-hari putih.Abu Zar, salah seorang sahabat Rasulullah menerangkan. "Rasulullah menyuruh kami berpuasa tiga hari putih dalam sebulan, iaitu tanggal tiga belas,empat belas dan lima belas."
(shahih Sunan al-Nasa`e)

Puasa Selang Sehari:

Rasulullah bersabda. "Puasa yang paling Allah sukai adalah puasa Nabi Daud, iaitu puasa satu hari dan berbuka satu hari dan solat yang paling Allah suka adalah solat Nabi Daud, iaitu tidur sehingga sepertengahan malam lalu bangun mendirikan solat pada sepertiga malam dan tidur di akhir seperenam malamnya."
(shahih al-Bukhari)

Puasa Bulan Muharram:

Rasulullah bersabda. "Sebaik-baik puasa setelah ramadan ialah puasa di bulan muharram dan sebaik-baik solat selepas solat fardu ialah solat malam.
(shahih Muslim)

Dalam bulan muharram, hari terbaik untuk berpuasa ialah hari kesembilan dan kesepuluh, di sebut juga sebagai Hari Asyura.
(shahih muslim)

Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Asyura, lalu baginda menjawab, "Ia akan menghapus dosa-dosa satu tahun yang telah berlalu.
(shahih muslim)

Puasa Hari Arafah:

Bagi mereka yang tidak menunaikan haji, ada peluang untuk berpuasa pada tarikh sembilan zulhijah yang bersamaan dengan Hari Arafah. Rasulullah pernah ditanya tentang Puasa Hari Arafah, lalu baginda menjawab. "Puasa itu akan menghapuskan dosa-dosa satu tahun yang lalu dan dosa-dosa yang akan datang."
(shahih Muslim)

Dosa yang di maksudkan adalah dosa-dosa kecil.Dosa-dosa besar memerlukan taubat kepada Allah.

Puasa Enam Hari Pada Bulan Syawal:

Rasulullah bersabda: "Siapa yang berpuasa ramadan kemudiannya diiringi dengan puasa enam pada bulan syawal, maka yang demikian itu seolah-olah berpuasa sepanjang masa."
(shahih Muslim)

Amaran sepoi-sepoi bahasa Keras:

Haram untuk berpuasa pada hari-hari yang di larang, iaitu pada hari raya Aidilfitri, hari raya Aidiladha dan hari-hari tasyriq (tiga hari selepas hari raya aidiladha) Masa tu kan orang buat korban, time tu la melantak puas-puas pun.

Di larang mengkhususkan puasa sunat pada hari jumaat, kecuali jika secara kebetulan bersamaan dengan Hari Asyura, Hari Arafah dan bagi melaksakan puasa Nabi Daud.

Di larang berpuasa pada hari syak, iaitu sehari sebelum masuknya bulan ramadan. Pengecualian diberikan kepada mereka yang lazim berpuasa pada bulan syaaban.


* * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * * *


Emak: "buat la solat sunat tu, buat sekali pun jadi la, nanti kalau Allah tanya dekat sana, pernah dak buat solat sunat...? kurang-kurang boleh jawab pernah."

Anak: "buat sekali seumur hidup pun dah cukup eh mak...?"

Emak: "kalau buat sekali, belum tentu lagi Allah terima, buat la banyak-banyak kali."

Kalau suka boleh like.

No comments: