Friday, 1 February 2013

Recipe: Jemput-Jemput Bawang Ikan Bilis

Hari jumaat yang heaven -kenapa heaven...? kerana cuti.- jam menunjukkan pukul 9.15 minit pagi, tiba-tiba perut aku mengeluarkan bunyi yang biasa aku dengar, bunyi perut lapar.

Lalu aku berjalan menuju ke dapur, selongkar apa yang ada, tiga jenis biskut kering terjelepuk-terjelepuk...?- menghiasi meja, apa kelas mencekik biskut kering pagi-pagi ni, getus hati kecil ku, siap ada getus-getus tu hak hak hak, feeling novel sangat. Aku bukak peti sejuk, cabai merah yang besar ada sebijik, baki emak goreng terung semalam, tak kan aku nak makan cabai, sekali lagi hati kecil ku bergetus.-bergetus...? gasak ah.- Aku nampak pulak, ikan bilis dalam beg plastik bewarna hijau. Ah, cantik...!

Dramatik gila cerita aku, dah straight to the point je ah, penat otak aku dok pikir nak karang-karang cerita bagai.

Aku ambik bawang kecik, aku tak ingat berapa ulas, belasah je lah, janji ada bawang. Potong dadu, cabai merah yang aku jumpak dalam peti sejuk mak aku tu pulak, aku belah dua, pastu aku buang bijik dia, aku potong dadu kecik-kecik. Ikan bilis pulak, aku gunting kecik-kecik guna gunting yang mak aku selalu guna untuk siang ikan.

Aku masukkan tepung gandum ke dalam besen, serbuk penaik yang aku guna buat kek hari tu pun ada lagi, letak secubit, kendian aku letak garam kecik sikit, aku masuk air masak. Air masak, bukan air panas.

Kacau bagi tepung tu sebati dengan air, pastu masuk bawang, cabai merah dengan ikan bilis yang dah di potong kecik-kecik tadi, kacau lagi bagi bahan-bahan tadi rata. Panaskan minyak dalam kuali, pastu goreng. Siap..!



Walaupun rupa cucur ni tak senonoh sangat, tapi rupa yang tak senonoh tu boleh di maafkan dengan rasa dia yang okey ah bagi anak tekak aku. Kira ada hati ah sikit nak sarapan, daripada menelan biskut kering je ye dak, tapi kalau rasa malas aku lagi tebal dari rasa rajin, biskut kering tu jugak yang aku hadap.

Like kalau suka.

No comments: