Suatu petang yang panas terik, aku terpaksa gagahkan diri, pergi ke pejabat pos, walaupun pada hakikatnya aku rasa, tidur adalah lebih heaven daripada menunggu number giliran muncul di screen yang aku tak tau nak bahasakan apa nama dia....
Setelah aku mengambil number giliran, aku berbual dengan tiga orang gadis yang tak aku kenali, yang turut sama menunggu giliran mereka berhampiran pintu masuk di luar pejabat pos tersebut. Perbualan yang berlangsung adalah sangat merepek, cuma cerita-cerita kosong tanpa hala tuju.
Setelah tiga puluh minit berbual dengan tiga gadis-gadis terbabit, akhirnya mereka masuk ke dalam pejabat pos, mungkin mereka tidak gemar berbual dengan aku lebih lama kerana aku tak hot macam jessica alba, atau mungkin kerana cuaca di luar terlalu panas,maka mereka mengambil keputusan untuk masuk ke dalam pejabat yang ada penghawa dingin. Aku tidak pasti, tapi aku lebih cenderung untuk memilih sebab yang kedua, bukan apa, sekadar nak menyedapkan hati.
Setelah hampir sejam berlalu, aku nekad untuk masuk ke dalam pejabat yang ada penghawa dingin, bila aku buka pintu untuk masuk, tiga gadis tadi pulak yang keluar, aku teruskan niat aku untuk masuk ke dalam...
Setelah lima belas minit menunggu dengan suasana yang ada penghawa dingin, aku lebih rasa selesa. Tiba-tiba kakak yang duduk di belakang aku bangun, aku hairan, rupa-rupanya number giliran kakak terbabit dah muncul di screen yang aku tak tau nak bahasakan apa nama dia tu.
Dia lalu di depan aku, menuju ke kuanter, dia melihat kearah aku, dan aku senyum pada dia, mungkin sebab aku inginkan pahala percuma, mungkin itu lah motif utama aku senyum kepada kakak terbabit.
Setelah dia selesaikan urusannya di kuanter, dia duduk di sebelah aku. Dia menghulurkan satu kertas kecil pada aku...
"number ni kak tak pakai lagi, adik nak ambik la... tadi kak ambik dua number."
Aku lihat screen, aku senyum lalu ambik kertas kecik yang kakak tu hulurkan, lalu aku ucapkan terima kasih. Aku cuma perlu menunggu empat number lagi sebelum sampai ke number yang kakak tersebut berikan. Number yang aku ambik sendiri pulak, aku simpan baik-baik di dalam beg, niat nak buang di rumah nanti.
"dekat sini memang selalu lambat." Kakak tersebut sedikit berbisik, mungkin dia risau, orang yang dekat kaunter tu terdengar.
"saya jarang mai pejabat pos, saya tak tau..." Aku memberitahu perkara sebenar, memang aku jarang pegi pejabat pos pun.
"jom kak balik dulu..." Kakak tersebut bangun, dan aku pula menghulur tangan pada dia, untuk bersalam. Sekali lagi aku ucap terima kasih.
Selepas kakak tu keluar, number giliran yang kakak tu bagi muncul di screen yang aku tak tau nak bahasakan nama dia...
Setelah selesaikan semua urusan yang berkaitan, aku keluar menuju ke arah tiga gadis tadi. Aku beritahu mereka, urusan aku telah selesai kerana ada kakak berikan number giliran dia kepada aku. Senyum terukir di bibir mereka, senyum paksa mungkin... aku sendiri tak pasti.
Apa motif aku tegur mereka bertiga sebelum aku balik, aku tak pasti... aku betul-betul tak pasti. Mungkin untuk nak mintak diri, kerana mereka berdiri betul-betul di depan pintu keluar, kalau aku tak tegur dan terus blah macam tu je, nampak sangat aku ni kurang akhlak. Orang cakap muka aku macam muka orang sombong, angkuh dan bongkak...-angkuh dan bongkak tu aku tambah sendiri.-Jangan salahkan aku, muka aku memang di ciptakan begini...
Kalau suka boleh like.
No comments:
Post a Comment