Tulis entry guna nama orang buat tajuk, senang kerja aku, tak payah perah otak pikir bagai nak rak ye dak, ini yang di namakan bertanam tebu di pinggir bibir -oh salah eh...? gasak ah.-
Hari sabtu hari tu kak linda kawen, aku pun pergi lah kenduri tu, orang dah jemput, tak kan tak mau makan free, biasa ah, manusia haloba. Aku pegi wedding kak linda dalam keadaan miong-miong. Aku tak sihat sangat, masa hari jumaat tu pun aku asyik muntah-muntah je. Mak aku punya lah risau tengok keadaan aku time tu,aku sendiri pun tak risau macam mak aku, kepala sejuk, kaki panas, kaki panas, kepala pulak yang sejuk, entah apa jenis penyakit entah, aku pun tak tau. Hormon tak stabil gamaknya, ada pulak demam ada kaitan dengan hormon, gasak...
Tapi aku tetap jugak dengan semangat waja, -jadah semangat waja, macam nak bertanding olimpik.- Jangan buat gila, kalau aku tak pegi kenduri kak linda, mau jugak budak syam tu cekik aku, time aku tak pegi kenduri mak sedara dia hari tu pun dia siap merajuk, sapa yang nak kena pujuk dia...? adik aku jugak, kalau nak harap aku ermm hurmm erkk -tercekik halkum.-kalau aku tak pegi kenduri kak dia ni, sesilap haribulan dia korbankan aku habuan korban raya haji tahun depan... arghh merepek...!
Aku ni pulak kalau tak sihat, spesis tak suka cakap banyak-banyak, kalau cakap banyak-banyak kang, aku merapu tah kemana-mana. Entah apa orang tanya, entah hapa-hapa pulak aku jawab...Kadang-kadang jawapan yang aku bagi tu tak de kena-mengena dengan soalan pun. Otak aku macam mereng-mereng kejap, tak boleh nak pikir dengan waras. Aku start merepek dah, tadi bukan tengah cerita pasal wedding kak linda ke, dah pasaipa pulak tetiba keluar cerita pasal aku.
Kak linda cantik siot, aku terpesona kejap, kejap je lah, terpesona lelama kang, laki dia cocok mata aku guna lidi cucuk udang tu, sapa nak jawab...? cik dah bertukar jadik puan, encik masih jugak kekal dengan encik la ye, tak kan nak tukar jadik madam pulak, tak ke haru nanti. Pengantin lelaki tak senyum langsung, pegawai jpj harus lah muka serious ye dak, baru lah orang cuak sikit...
Ini je lah satu-satunya gambar pengantin yang aku ada, gigih aku charge bateri camera sampai penuh, tapi ni je yang aku dapat ambik. Pengantin tengah makan kot, biar ah depa makan kenyang-kenyang dulu ye dak. Lepas makan kenyang-kenyang, baru sedap sikit nak posing sana-sini, tak de ah cacing kerawit nak menyanyi-nyanyi dengan riang dan girang.
Suami kak linda ni pegawai jpj, kalau dia tertahan kereta hang dekat mana-mana nanti, kirim salam dekat dia eh. -tertahan...? pun boleh..-
Ni rupa ah pelamin, ada hang nampak macam rupa meja makan..? tak de kan, memang sah pelamin ah tu. Lepas makan kenyang-kenyang boleh ah bersanding. Mata pun boleh main jeling-jeling, jangan sampai juling sudah, karang haslinda jadik haslindan... dah sapa pulak yang nak jawab.
Rupa bilik pengantin, dah tu hang ingat apa...? bilik air...? kalau dah bilik air cantik macam ni, baik tidur dalam bilir air je.
Tiba-tiba nampak macam kenai je menatang benda alah ni, sapa punya ni, baik hang mengaku cepat hak hak hak.
Sesuatu yang buat aku happy adalah sayur yang selungguk. Jarang kot aku nak jumpak sayur dekat rumah kenduri, kalau aku ingat nanti aku cerita punca aku suka sayur, sayur setengah pinggan, nasi suku pinggan, tapi sayur yang habis dulu, aku tak suka sangat makan gulai, nasib baik ada ayam masak merah, macam paham-paham pulak tuan rumah ni kenduri ni ye, kalau aku ingat nanti aku cerita jugak kenapa aku tak suka gulai.
Dulu aku tak boleh makan nasik, kalau aku makan nasik dengan kadar segera aku akan sakit kepala, dan-dan tu jugak aku muntah dengan kadar segera. Sekarang dah okey dah, tekak melayu dah sekarang, ye la selama ni cikma dok panggil aku orang amerika sebab kalau keluar dengan dia, asyik melahap pizza dengan spaghetti je, sebab tak boleh makan nasi. Sekarang apa lagi yang cikma panggil aku selain si comel yang kiut mueheheh, okey tipu hak hak hak.
Ni gambar masa aku pergi kenduri dekat penang, awal tahun hari tu, tah apa nama pengantin tu pun aku tak tau, aku main ikut je, bukan takat nama pengantin je aku tak tau, nama tempat tu pun aku tak tau jugak, maklum lah ada driver mueheheh. -perghh super duper serabai.-
Oleh sebab aku pegi kenduri kak linda tu dengan miong-miong mereng aku, aku mintak sorry kalau ada yang tak puas hati dengan perangai aku, orang tanya, aku macam nak-tak nak je jawab, kalau jawab pun macam tak ikhlas, tapi sebenarnya aku ikhlas kot.-boleh pulak pakai kot-kot.-
Miong tak habis lagi ni, tu yang aku merepek tah kemana-mana tu, tapi kalau aku tak miong pun aku merepek jugak ye dak...? okey, babai. -lagi panjang aku taip,lagi aku banyak aku merapu.-
Kalau suka boleh like.

No comments:
Post a Comment