Tahap kemalasan aku ni kadang-kadang melampau jugak ah, sampaikan nak bergerak pun aku malas. Tapi tu, kekadang je lah. Selalunya aku rajin. Rajin sangattt -.-
Ada satu hari tu, aku call acik, aku cuma nak bagi tau dia satu benda je. Benda tu tak de lah penting sangat pun, tapi aku nak jugak bagi tau dia... mueheheh keji.
Aku: "acik... lapaq kefsi ah.."
Acik: "lah, pi la beli..."
Aku: "malaih ah.."
Acik: "alahhh... kefsi tu, beqapa minit ja daqi qumah."
Aku: "malaih ah, nak kena isi minyak qeta pulak dua puluh qinggit." -haa... baru hang tau, betapa kedekutnya aku.-
Acik: "daqi qumah nak pi kefsi, minyak tak sampai lima qinggit pun."
Aku: "dah tu, hang nak suruh isi minyak qeta sepuluh qinggit...? eee..."
Acik: "hahah..."
Lepas tu, aku dengan acik start sembang benda merepek. Gosip-gosip sepam dua. Sungguh aku tak paham kenapa wujud orang yang kedekut tahap melampau. Kalau takat kedekut nak keluarkan duit untuk orang lain, kedekut nak belanja kawan-kawan makan ke apa, aku still boleh terima lagi. Ini sampai nak isi perut sendiri pun bekira tahap nak mati. Kawan-kawan lain beli nasi goreng, mee goreng, burger kukus segala macam, dia beli pulak boleh beli air je. Time orang lain makan, mula la nak mintak sana-sini. Kalau kadang-kadang aku boleh terima jugak, ni kalau dah selalu sangat, tak sakit ke hati di buatnya...?
Kalau ada orang lain yang hutang dengan dia, tak menyempat dia suruh orang tu bayar balik. Time dia berhutang dengan orang, langsung tak ingat nak bayar.
p/s: Siapa makan cili, sila rasa pedas... Panas pulak hati aku dengan orang yang macam ni.
Kalau suka boleh like.
No comments:
Post a Comment