Wednesday, 24 April 2013

Daging Bakar Harimau Menangis

Assalammualaikum.

Bebudak batch 2009 dapat cuti empat hari. Itu batch 2009, batch lain aku tak tau. Satu group pergi mendaki gunung datuk di negeri sembilan. Group-group lain pulak balik rumah, buat taik mata. Qada tidur katanya, tidur pun boleh qada-qada ye...

Zuhair tak dapat balik sarawak, pak arun pulak memang orang kelumpo. Mungkin sebab masing-masing dah muak dengan dengan hiruk-pikuk kl tu, maka memasing beria-ia turun utara. Nak rasa angin sawah padi kononnya.

Daripada kelumpo terus ke alor setar, kendian terus pulak ke padang besar dekat perlis nu... Bila dah nak balik kl, baru singgah sp. Sakan sungguh depa merayau. 

Akibat terpengaruh dengan lagu cinta pantai merdeka, zuhair dengan si azrun ni mintak nak pegi pantai merdeka. Kumpulan apa tah yang nyanyi lagu tu...? aku lupa pulak nama kumpulan tu. Selalu sangat makan semut masak kicap kot.

Ye lah jumpak pun dah petang, mana tempat lagi nak pegi ye dak, Kalau jumpak awal sikit boleh la jugak bawak bebudak berdua tu merewang mandi-manda ke hapa, kalau takat nak bawak jalan-jalan dekat shoping complex, dekat kl pun bersepah ye dak...



Tak sempat nak sampai ke pantai lagi pun, kereta dah tersadai dekat tepi jalan. Masuk bengkel, melayang tigaratussetengah, nasib baik gaji dah masuk. Pak arun siap mintak resit, nak claim balik dengan bapak dia hak hak hak.

Dah pukul tujuh lebih, baru kereta keluar bengkel. Tergendala hasrat nak ke pantai, kesian depa... lain time lah pergi pantai tu. Lain kali kalau nak turun kedah inform la awal-awal, banyak sikit aktiviti boleh plan.



Aku dengan acik bawak si zuhair dengan azrun makan dekat restoran ikan bakar. Lepas tengok menu dan order memasing bawak keluar talipon. Itu lah orang zaman sekarang, talipon semedang dekat tangan, zaman teknologi...



Dalam menu tu ada satu dish daging, nama dia daging bakar harimau menangis. Tu, yang memasing muka jakun je bila daging bakar tu sampai. Aku pun sebenarnya jakun jugak, tapi tak nampak sangat ah yang aku ni jakun,  sebab bebudak bertiga ni nampak lebih jakun hak hak hak keji, lagi pulak gambar aku tak de.



Kailan goreng belacan, yang hijau-hijau ni memang favorite aku, tapi yang aku tak berapa suka, bau belacan dia kuat sangat. Dah nama pun kailan goreng belacan.



Ha, ni lah dish-dish yang ada dalam menu yang untuk empat orang melahap. Sorry ah, gambar tak berapa nak cun sangat. Memasing tunggu nak melahap je, tak kisah dah, gambar cantik ke tak.



Pinggan dah kosong, perut dah kenyang, muka mesti lah ceria, hati comfirm gembira. Gendang gendut tali kecapi, kenyang perut senang hati la katakan...

Hoyeey... Balik dengan hati yang girang. Aku dengan acik balik rumah, si azrun dengan zuhair merentas lebuh raya utara-selatan balik kl.

Si zuhair dengan azrun ni sebenarnya kawan acik. Dan cerita ni, dah berlaku dekat dua minggu, baru sekarang aku buat entry mueheheh...

"Turun kedah, niat nak ambik gambar sawah padi. Padi dah tak de, ambik gambar dengan lalang je lah..."

Kesian depa dua orang tu hak hak hak, turun kedah tak kena time, nasib la kan.

Kalau suka boleh like.

No comments: