Monday, 9 September 2013

Birthday

Assalammualaikum.

Dua haribulan julai hari tu birthday aku. Aku tau cerita lama, kalau makan nasi, dah lama dah digested, kalau tanam bijik benih, mungkin dah bercambah,mungkin jugak dah siap ada tunas, kalau bela beluncas, dah bertukar jadik rama-rama dah, kalau yang bela jentik-jentik tu, mungkin dah masuk hospital sebab kena demam denggi... aku sedar, tapi apa boleh buat, mueheheh.

Orang sepatutnya sambut birthday dengan fun, ada decoration, ada bla-bla-bla bagai... tapi aku cuma memerap kat dalam bilik, macam orang tak de life. Tak de kek, tak de lilin, tak de majlis, tak de kawan. Sangat kesian, betul punya tak de life, tapi peduli apa aku...

Malam birthday tu, ada la budak call aku -budak ke..?- siap nyanyi lagu happy birthday bagai, konon sweet sangat lettu, walau pun dia cakap suara dia tak sedap, tapi aku yang dengar ni, rasa macam buluh perindu je suara dia tu, terharu iollss.

Syam dengan cik kiwi dengan wawa dengan kawan-kawan lain yang wish dengan whatApp, send mesej dekat phone yang wish-wish dekat pesbuk bagai tu semua, time kasih la hampa, doa-doa hampa tu aku hargai sesangat.



From: syam and kojeng. Alololoo... sweet nau tau budak berdua ni, aku lempang kang, naya je... Eh nak tau ke sapa yang nyanyi lagi birthday untuk aku tu...? Ni ha, budak kojeng tarajeng-jeng ni laa...


Kertas minyak yang warna koko cekelat tu, sikit punya hazab nak bukak, siap dengan gunting, pisau bagai, baru boleh bukak. Berpeluh-peluh jugak aku, kipas dalam bilik tak switch on rupanya, patut la berpeluh.

Dah koyak kertas warna koko cekelat tu, surat khabar lama je...?! depa bagi hadiah surat khabar lama je dekat aku...?! Memang melampau ah, punya hazab nak bukak, tetiba surat khabar lama je yang ada.



Koyak la news paper lama tu, acece... merah mak cik-mak cik sangat tau...



Ada dua kotak, aku bukak kotak putih dulu ah, putih kan bersih, mana la tau, kot-kot hati aku boleh bersih macam kotak tu.



Kendian, bukak pulak kotak warna merah... Ada satu kotak casio dengan chipmunk sekor, tupai tanah tu sebagai penjaga la kot gamaknya, takut ada postman yang curi kotak casio tu hak hak hak. Kepala otak aku ni, kekadang memang tak boleh pakai, pikir merepek je, sebab tu lah entry-entry yang aku buat pun semua merepek-merepek mueheheh...



Dapat la jam sebijik... time kasih pada yang tolong keluar duit, yang tolong pilih, yang tolong beli, yang tolong post, dengan abang postman yang aku tak tau sape nama tu pun aku nak wish time kasih jugak sebab pastikan barang-barang ni semua selamat sampai dekat rumah aku.

Baru ucapan dapat hadiah birthday, kalau ucapan dapat anugerah, tak tau lah macam-mana pulak dia punya panjang.

Tupai tanah tu, aku bagi nama cencorot yang cenceret, kiut ape nama tu... Tugas dia sebagai penjaga kotak tu aku dah mansuhkan, Sekarang cencorot yang cenceret ada kerja baru...



Kerja dia sekarang adalah penjaga alamat dekat dalam bilik aku, bukan apa, takut alamat-alamat yang sedia ada semua tu hilang, susah pulak aku nak hantar kad kawen dekat kawan-kawan aku nanti.



Yang ni bukan aku punya cencorot, ni budak bilik sebelah yang punya, aku pun tak tau sape yang bagi dekat dia, walaupun chipmunk yang dekat-dekat nak sama, tapi cencorot aku comel lagi ah hak hak hak.



Oouh, sweet heart forever sangat tau, sejak bila pulak aku jadik manis hati selama-lamanya hampa...? Lempang kang.

-Pesanan ini di tujukan kepada kak nur haslinda saad.- kak linda esok kalau dah dapat baby, tapi tak tau nak bagi nama apa... meh sini orang nak tolong namakan baby tu.

No comments: