Monday 3 February 2014

Caramello

Hari tu aku pergi bank, tengah-tengah aku sembang dengan akak yang keja dekat bank tu, tetiba aku rasa talipon bergegar,

confirm talipon aku la yang bergegar, kalau talipon akak yang kerja dekat bank tu yang bergegar tak kan la aku boleh rasa pulak, ye dak.

Lalu secara sembunyi-sembunyi aku keluarkan talipon dan baca mesej secara perlahan, dah apahal pulak aku nak terpekik-telolong baca mesej kuat-kuat...

Adik aku teringin nau nak makan caramello kononnya, eh tak kononnya la, memang dia teringin nak makan pun...

Elehhh benda petik jari sambil pejam mata pun boleh jadi kot, tapi kalau setakat petik jari dengan pejam mata je, tapi tak buat, tak jadi jugak.

Bahan untuk buat caramello ni sangat simple...

-tepung florenta atau bienetta (200 gm)
-pumpkin seed (100 gm)
-sesame seed (20 gm)
-badam potong (200 gm)

Boleh la pergi cari bahan-bahan berikut di kedai kek dan pastry berhampiran anda, kalau nak pergi kedai yang jauh pun boleh je, tapi macam menyusahkan diri sendiri la pulak.

Mula-mula bake dulu pumpkin seed, sesame seed dengan badam potong, bake sesemua tu dalam lima ke sepuluh minit, biarkan sejuk then campur dengan tepung florenta or bienetta, bukan tepung gandum ye, sila paham arahan.

Kalau hang guna tepung gandum, bake sampai tahun depan pun belum tentu jadi hang punya caramello tu.

Aku guna sesame seed yang putih tu je, kalau dapat bijan hitam lagi cantik ah, ada colour sikit dekat caramello hang nanti, tapi sebab aku malas nak pergi jauh-jauh semata-mata nak cari benda alah yang secoet tu je, aku guna je sesame seed yang putih tu.

Dah campur sesemua bahan, masuk dalam dulang terus bake je dalam oven, suhu dalam 160 darjah celcius then bakar dalam sepuluh minit, kendian bawak keluar, panas-panas tu terus potong, tunggu sejuk kang keras pulak.

Aku lapik dulang untuk bake caramello tu dengan kertas yang orang selalu guna untuk bake kek, sebab tak mau bagi caramello tu melekat dekat dulang, kertas tu tak de ah mahal, dalam tujuh ke lapanposen je. Boleh je beli kertas ni dekat kedai yang jual bahan-bahan kek, aku tak pasti lah kot ada orang jual kertas ni secara online ke hapa.



First aku buat caramello ni, aku bake dalam dulang, dan aku potong caramello tu dalam bentuk yang tunggang-langgang, kecik-besar dan senget-benget, maka untuk kedua kalinya, aku bake caramello ni dalam tray muffin untuk dapatkan bentuk yang sama.

Cerdik tak..? ibu aku pun kagum dengan kecerdikan aku tahu... itu pun kalau hang nak pecaya lah, takat bake benda alah ni dalam tray muffin dah boleh buat ibu aku kagum.



Lebih kurang gini ah rupa caramello aku, lepas sudah di bake, bake dalam tray muffin ni tak payah susah-sudah nak potong dah, bentuk pun semua lebih-kurang je, walaupun rupa tak semenggah mana, tapi In Sya Allah sedap bila di-ngap.



Yang bakar dalam dulang masa first dulu tu aku guna satu gulung kertas, tapi untuk yang dalam tray ni aku potong kecik-kecik. Agak-agak padan la, seriously aku suggest hang guna kertas ni. Nampak kotor sikit, sebab lepas sudah bakar semua caramello tu baru aku teringat nak ambik gambar kertas ni, sebelum aku simpan beliau di dalam tong sampah.



Done..! ayah aku tolong keluarkan caramello yang dah siap bake daripada tray muffin.

No comments: