Friday 28 February 2014

Cerita February ini

Aku sekarang sama seperti orang lain, sedang menikmati jam-jam terakhir di february ni. Tiga belas february lepas birthday jeng dan aku sedih sebab tak boleh celebrate dengan dia, maka aku nangis sensorang dalam bilik, giloo emo...

Sepanjang february ni, aku buat beberapa perkara yang aku selalu buat dengan jeng semasa umur kami belasan tahun...



Dulu aku dengan jeng selalu pergi kedai roti dan pastry untuk beli beberapa biji roti yang dekat atas dia ada floss ayam, dan beli jugak sebotol tropicana twister oren botol besar untuk di kongsi dua.

Tapi sebab aku malas nak pergi kedai roti dan pastry tu, aku curik je tropicana twister oren dekat kedai ayah aku, duduk dekat kusyen bewarna merah berbentuk jari dan minum sensorang macam orang tak de life. Tak pe ah, rasa tropicana twister tu sama je dengan yang beli dekat kedai roti tu.

Aku dengan jeng selalu jalan-jalan dekat kedai kasut, kadang-kadang tak de niat nak beli pun. Jadik aku buat benda yang sama, pergi mall dan masuk ke kedai-kedai yang jual kasut dan jalan- dan jalan- dan jalan- dan jalan dan jeng call, dan aku berjalan keluar daripada studio. Tapi aku tak bagitau dia ah yang aku buat semua benda tu bila aku teringat dekat dia.

Aku jugak minum coke yang di tambah dengan susu, jeng jugak ah yang ajar aku minum benda alah ni, sedap ah jugak, tapi manis sangat sebab aku terlajak letak susu. Gelas yang aku guna untuk minum tropicana dan coke tu pun aku pergi beli dengan jeng mueheheh. Parah betul keadaan aku sekarang.

Aku lalu dekat tempat orang jual donat, aku teringat Big Apple sebab jeng suka donut Big Apple, banyak benda giloo yang aku buat dengan jeng.

Pernah sekali time raya, aku lepak dengan jeng dekat air terjun, tapi sekali tu je ah, dan aku rasa aku tak kan buat macam tu lagi dah.

Kadang-kadang hari ahad pagi, aku message jeng, tanya dia tengah buat apa, dan jawapan yang aku dapat dia baru sudah mengaji. Bila dia tanya aku balik soalan yang sama, jawapan yang dia dapat, aku baru sudah fb.

Aku tau, aku memang teruk.

Jeng always support aku kalau aku nak buat something, bila aku kata aku teringin nak belajar menjait, dia bagi sokongan padu, walaupun dia tau aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam je.

Taik ayam pun boleh buat peribahasa, mana depa-orang tau yang tahi ayam tu hangat..?

Tapi jadik jugak ah enam bijik bantal kecik, nampak jugak ah hasil aku belajar menjait, tapi itu je ah hasil dia, kan aku dah kata tadi, yang aku ni jenis hangat-hangat tahi ayam je..

Aku suka melukis, tapi aku lukis benda merapu je ah. Sebenarnya aku tak de bakat pun dalam art ni, tengok jari pun dah boleh tau dah.



Bila aku tunjuk dekat jeng hasil kerja tangan aku, dia teka tupai... Nasib baik aku memang lukis tupai pun, kalau dia kata kangaroo memang saja sangat la budak tu. Okey, aku tau aku memang tak de bakat.

Pensil tu, sebenarnya pensil jeng, aku curik daripada pensil box dia... aku harap dia baca entry ni supaya dia tau yang pensil tu pensil dia mueheheh.



Aku makan timun dan minum air buah sambil baca majalah ujang yang jeng bagi. Pelik eh baca majalah kartun sambil makan timun..?

Aku suka melalak dalam kereta sambil buat aksi yang annoying dan bodoh, tapi aku cuma berani buat macam tu bila dengan ayah atau jeng mueheheh.

Jeng akan tumpang melalak sekali dan selalunya aku akan nyanyi dengan lirik yang salah.

Hari ni duapuluhlapan february, birthday ayah aku.

No comments: