Friday 21 March 2014

Jam

Jeng tak puas hati dengan aku, kulit aku makin cerah kononnya... walhal kulit dia yang makin gelap sebab banyak buat aktiviti luar dalam sebulan-dua ni. Kulit aku sebenarnya macam tu jugak, kelam.



Hambikk..! ambik gambar kat tempat gelap, kulit masing-masing kelam je hak hak hak. Lepak kejap dekat bubblegurt barang seminit dua.

Sebenarnya aku ada plan nak beli jam, tapi bila jumpak si jeng ni plan tu terus tak jadik sebab dia hadiahkan aku sebijik jam tangan yang buat aku ohterharu.

Giloo tak terharu, terharu ah.

Aku ni, kalau terharu ada satu reaction muka yang pelik, muka pelik tu lah aku tunjuk dekat jeng time aku dapat jam tangan tu.

"beli jam sama, macam couple padahal..."

Aku tak habis cakap lagi jeng dah gelak. Tak pe lah redha.

No comments: